Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Isfahan Itu Aku (VII)

Petang itu, Isfahan masih lagi bekerja. Sendiri.

Yang menemaninya hanyalah burung-burung yang bersiulan dan desiran daun-daun kering yang bertempiaran dihembus sang angin. Rintik hujan turut serta menyanyikan lagu alam. Damai sekali.

Namun, sesekali bertamu wajah lembut Insyirah di fikirannya.

"Ah sudah...apa dah jadi dengan aku ni?" Isfahan mengomel sendirian.

Sejak keluar bersama Insyirah tempoh hari, fikirannya jadi tidak keruan. Wajah manis Insyirah kerap kali hadir di ruangan mindanya. Di gegendang telinganya, yang kedengaran hanyalah suara lembut Insyirah. Sungguh dia merasakan dirinya bagaikan telah hanyut dipukul asmara Insyirah.

" Apakah begini rasanya cinta?" fikirnya.

Isfahan tiba-tiba tersenyum. Jadi malu sendiri dengan perasaan yang kini menggamitnya. Bagaimana mungkin dia jatuh cinta dengan sebegitu mudah. Lagi pula, Insyirah pasti tidak mahu dia berperasaan begitu. Mana mungkin Insyirah mahukannya lebih daripada seorang kawan. Fikirnya lagi.

" Seberapa pastikah aku?" tiba-tiba Isfahan kembali berfikir. Runsing.

Sikapnya yang terlalu memikirkan perasaan orang lain kerap kali menjadi batu penghalang untuknya bersikap lebih spontan. Mungkin inilah kelemahan dirinya. Namun Isfahan tahu, inilah dirinya yang sebenar. Bagaimana mungkin dia dapat mengubah dirinya. Yang diperlukannya cuma seseorang yang dapat menerima dirinya seadanya. Yang mencintai dirinya juga kelemahannya. Adakah dia?

Tiba-tiba Isfahan terkenangkan pertemuan mereka tempoh hari.

" Boleh saya tahu kenapa awak suka saya?" soal Insyirah yang memecah kesunyian ketika mereka makan tengah hari bersama waktu itu.

Isfahan terkejut. Sungguh dia tidak menyangka itu yang diucapkan bibir mungil itu.

"Ya Allah...obvious sangat ke?" fikirnya dalam hati. Malu.

Isfahan menarik nafas panjang. Cuba menghilangkan getar di hatinya.

" Wah! Mencabarnya soalan ni. Ada soalan yang senang sikit tak?" dia cuba berjenaka. Namun getar di hatinya masih jelas.

Insyirah jadi ketawa kecil. Dia tersenyum. Isfahan juga.

" Umm...sebab awak sahabat yang baik." akhirnya Isfahan menjawab. Masih cuba berselindung di sebalik perasaannya yang sebenar.

Insyirah tersenyum.

" Betul ke ni? Awak pasti itu sebabnya?" soal Insyirah seolah-olah dia tahu sesuatu.

" Jujur saja." tambahnya lagi.

" Alamak...macam mana ni? Apa aku nak jawab? Tolong aku, Ya Allah." di dalam fikirannya, Isfahan sudah panik. Sangat-sangat panik.

Apa mungkin perasaannya terbongkar di sini? Jika ya, akankah persahabatannya dengan Insyirah tenggelam? Sungguh Isfahan dalam dilema.

" Adakah awak sukakan saya disebabkan fizikal saya?" Insyirah kembali menyoal.

" Bukan."

" Habis tu?"

" Sebenarnya, saya tak dapat fikir mengapa saya sukakan awak. Saya tiada sebab. Tiada alasan. I just like you. Perlukah ada sebab untuk kita sukakan seseorang?" jawab Isfahan.

" Hmm...kalau ada sebabnya pun, cuma satu." Isfahan menambah.

" Apa?" Insyirah beria-ia mahu tahu.

" Because it is you." jawabnya ringkas.

Sungguh Isfahan tidak tahu apa yang ingin didengari Insyirah. Namun dia cuba untuk bersikap jujur. Harap hubungan mereka tidak berakhir di sini. Insya-Allah.

Namun, suasana antara mereka tiba-tiba menjadi janggal. Inilah agaknya impak memperkatakan sesuatu yang sebegitu serius. Fikir Isfahan.

" You are sweet." ucap Insyirah tiba-tiba. Terukir senyuman di wajahnya.

Isfahan tersentak. Namun dia juga turut tersenyum. Entah apa agaknya yang sedang bermain di fikiran Insyirah. Isfahan jadi ingin tahu.

" Eh? Sweet? Nak desserts ke? Kakak waitress! Tolong bagi desserts yang paling sedap pada si manis ni."

" Apa? Yang paling sedap dah habis? Kalau macam tu, bagi yang paling sedap je la."

" Hey, that's the same lah!" sapa Insyirah sambil tertawa.

" Eh, yeke? Alamak, maaf ye kak...bagi yang ni je lah."

Insyirah ketawa lagi. Begitu juga dengan Isfahan. Akhirnya dia berjaya memecah suasana janggal itu tadi. Syukur.

" And funny too!" tiba-tiba Insyirah menambah. Masih terukir senyuman manis itu di wajahnya.

Isfahan hanya mampu tersenyum. Malu.

" Mungkin harapanku masih ada." fikir Isfahan yang kembali dari lamunannya.

" Dengan izin Allah tentunya." ucapnya lagi sambil tersenyum.

Isfahan kembali meneruskan kerjanya.

Mendengarkan desiran daun-daun kering yang mendamaikan itu, hatinya tenang kembali. Di kejauhan, kelihatan warna-warni sang pelangi. Indah. Seindah cintanya pada Insyirah.

Adakah ini cinta?

8 pendapat menarik:

isk,, geramnye kalu dapat laki cam isfahan nih.! haih~

bagus...ahahahahaha:))

isfahan chumey!! hahah!

syhhhh..jgn jerit kuat2..nnt org dgr..ahahaha ;)

wujud x eh isfahan ni?? huuu~

umm..that u must find out lah..ahaha

*klu setakat lelaki romantik, rasanya cam ramai je..kan?*

lelaki romantik dengan lelaki buaya, beza tu...huhuhu!~

sesetengah tu mulut je manis...hohoho~

susah la...

hahaha...begitukah?

emm, tp ada betulnye tu...
lelaki yg betul2 romantik ialah yg faham akan perempuan and care about them..tu pandangan saya la..huhu

dan saya rasa kebanyakan lelaki perlu stop being ignorant..

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates