Isfahan Itu Aku (X)
Takbir subuh memecah kesunyian di pagi itu. Setiap bait dari kalimah-kalimah suci yang memuja kebesaran Illahi itu menerobos masuk, terus ke dalam hati Isfahan. Sungguh tersentuh hatinya pada ketika itu. Lebih-lebih lagi apabila mendengarkan suara muazzin yang merdu lagi penuh syahdu itu. Jiwa yang kosong terasa penuh dan hati yang mati seakan kembali bernyawa. Betapa dia mensyukuri usia yang dianugerahi Illahi itu. Usia yang membenarkan dirinya untuk mendengarkan seruan azan subuh itu sekali lagi. Isfahan memanjatkan kesyukuran ke hadrat yang Maha Esa. Betapa dia sangat bersyukur. Sangat.
Sesudah solat subuh, Isfahan duduk di balkoni menunggu terbitnya mentari pagi. Betapa indah pemandangan pada waktu itu. Terbitnya mentari di ufuk timur ketika itu kelihatan seolah-olah ia sedang sujud. Sujud kepada kebesaran yang Maha Esa. Begitu juga dengan dedaunan juga pokok-pokok yang tampak beralunan seakan-akan turut memuji kebesaran Illahi. Kercipan burung-burung di kala pagi itu, yang ditemani desiran angin lembut pula kedengaran bagaikan zikrullah. Betapa seluruh alam ketika itu bagaikan sedang memanjatkan kesyukuran ke hadrat tuhan yang Maha Esa, Allah Subhanahu wa ta'ala.
Isfahan jadi termenung. Sememangnya banyak perkara yang bermain di mindanya. Antara mengejar cinta manusiawi dengan mengejar cinta sejati milik Allah, dia keliru. Begitu lemah dirasakan dirinya. Sungguh lemah.
Sejujurnya dia masih teringatkan peristiwa lepas. Peristiwa di mana dia mengungkapkan isi hatinya. Peristiwa di mana dia ditolak bulat-bulat tanpa sebarang alasan yang munasabah. Peristiwa di mana dia mencuba sedaya upaya dan kemudiannya gagal. Peristiwa-peristiwa yang memang tidak seharusnya dia kenang. Ya, tidak harus sama sekali.
Seusai kejadian yang sudah itu, Isfahan solat Istikharah di waktu malamnya. Memohon petunjuk dari yang Maha Kuasa. Memohon hidayah dari-Nya. Sungguh dia mahu keluar dari kekeliruan yang mencengkam hati dan fikirannya itu. Cengkaman yang kuat lagi menyakitkan. Hatinya jadi sebak hanya dengan mengingatinya.
Ya, solat itu memberikan petunjuk. Alhamdulillah. Tapi bukan dari mimpi. Sebaliknya daripada gerak hati yang sangat kuat. Isfahan kembali runsing. Adakah gerak hati ini petunjuk Allah? Atau cuma perasaannya yang terlalu kuat terhadap Insyirah. Sungguh dia tidak tahu.
"Haih." Isfahan mengeluh mematikan lamunannya. Dia kembali menghirup kopi yang sepertinya sudah hilang kehangatannya.
"Lama juga aku mengelamun." dia berbisik dalam hatinya sambil tersenyum.
Pagi itu Isfahan mengambil keputusan untuk berjoging. Barangkali dengan badan yang lebih cergas, otaknya mampu bertindak dengan lebih baik lagi. Insya-Allah. Dia berjalan menuju tempat di mana dia biasanya berjoging. Sambil menghirup udara segar yang sungguh menyamankan, sambil mendengarkan suara alam yang sungguh mendamaikan, sambil berjalan dengan otak yang dikosongkan, dia rasa tenang. Ya, sungguh tenang. Setenang bayi yang sedang tidur. Barangkali.
Isfahan kemudiannya mengemukakan soalan kepada teman jogingnya, Musyair. Sungguh dia mahu tahu tentang satu perkara ini.
" Mus, aku ada buat solat Istikharah dan darinya aku dapat petunjuk berupa gerak hati. Tapi bagaimana harus aku pastikan yang petunjuk itu memang datang dari Allah dan bukannya dari perasaan aku?"
Lama Musyair berfikir sebelum dia menjawab.
" Apa kau merasakan tanda-tanda nafsu dalam gerak hatimu? Jika tidak, ia datang dari Allah. Jika ya, ia datang dari dirimu sendiri yang mana ia mungkin hasil pengaruh syaitan. Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." jawab Musyair sambil tersenyum.
" Jangan risau, apa pun, Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya. Jika kau ikhlas dan betul-betul berkehendak, pertolongan Allah pasti akan tiba untukmu." tambahnya lagi.
Isfahan tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. Tapi, wajah Insyirah kembali bermain-main di mindanya. Wajah yang membuatkan hatinya meronta. Membuatkan jiwanya liar. Membuatkan perasaannya berkecamuk. Ah, sungguh menyakitkan. Isfahan terus mengambil keputusan untuk pulang. Dia seperti tidak mampu berlama-lama lagi di situ.
Malam itu, Isfahan terfikir mahu menelefon Insyirah. Biasa. Dia hanya mahu bertanya khabar. Tidak elok rasanya kedua-dua pihak menyepikan diri sebegini. Dia rasa tidak sedap hati. Sebetulnya dia rimas akan situasi yang tegang seperti ini. Sangat rimas.
Tuut...tuut...tuut...tuut...
Panggilannya tidak diangkat.
Setelah penat dia mengumpulkan segala kekuatan dan keberanian untuk menelefon Insyirah, gadis itu tidak menjawabnya.Betapa dia rasa kecewa. Terasa seperti mendapat hinaan yang kejam. Dia sedih. Tapi tiada apa yang mampu dilakukannya. Dia hanya mampu bersabar. Ya, bersabar. Isfahan memujuk hatinya.
"Tidak mengapa. Aku ikhlas." bisik hati kecilnya tiba-tiba.
Dalam gelapnya malam yang sepi itu, dia cuba melelapkan matanya. Biar perasaannya bertamu di dunia lain. Dunia di mana yang tak mungkin boleh menjadi mungkin. Dunia di mana fantasi menjadi realiti. Dunia di mana hatinya akan tenang. Semoga Allah berikan ketenangan kepada dirinya. Amin.
"Ku mohon, lindungilah aku dengan selimut rahmat-Mu, Ya Allah." ucap Isfahan. Betapa dia perlukan kekuatan saat ini.
Semoga hari esok akan lebih cerah. Dan Insyirah berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pintanya.
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
3 pendapat menarik:
eh cite insyirah xhabes lg! hehe. mcm follow drama la plak. saspen je khairul ni....cpt2 la kasi abis.heheh.pastu buat cite baru plak.pastu pkai name nessa eh.ngeh3.
hahaha...tu la...mmg mahu habiskan...hehe:)
pakai nama nessa? so kena la dengar nessa punya love story yang romantis tu dulu...hehehe ;p
ahaha.xpayah la.wat la cite bru nnt.tp pkai je name nessa.ngeh3.
Post a Comment