Apabila langit nan merah bertukar kelam...
Bulan dan bintang mula menyinari malam...
Tapi, awan hitam datang menutupi keindahan alam...
Keindahan hilang...kini yang tinggal hanyalah suram.
Antara ada dan tiada.
Dikala sinaran mentari menyinari hujan
Sang pelangi datang membawa keceriaan
Menyedarkan manusia akan indahnya ciptaan tuhan
Supaya bersyukur dan mula menadah tangan
Walau ia sebenarnya tak mampu bertahan
Kerana sifat manusia yang berubah-ubah, tak tahan akan godaan
Yang akhirnya hanya terpesona dengan keindahan
Lalu lupa mensyukuri nikmat tuhan
Antara ada dan tiada.
Sahabat sejati sentiasa di sisi, menemani hari
Tidak dilupa walaupun hilangnya sang mentari
Segala tingkah ikhlas, tak mengharapkan apa-apa dari yang diberi
Hati risau apabila sang sahabat hilang, pergi dan mula mendiamkan diri
Walau diri akhirnya hanya dibenci dan dibiarkan menyendiri
Tapi tetap redha asalkan sang sahabat tetap menjaga diri
Biarlah luka hati sendiri
Tapi sahabat haruslah tetap berseri
Oh, betapa besarnya pengorbanan diri
Walau terpaksa memalukan diri sendiri
Ego dibuang pergi, di hujung tanduk letaknya maruah sendiri
Yang diharapkan hanyalah sikap bersahabat yang dapat berkomunikasi dengan diri
Bukan dilupakan, diendahkan dan dibiarkan sendiri
Bukan juga memupuk salah faham yang hanya memakan diri
Tapi keikhlasan itu yang sebenarnya dicari-cari
Semoga sang sahabat dapat menyedari
Antara ada dan tiada
Musim-musim bersilih ganti
Ada yang dinanti
Ada yang dianti
Begitu juga dengan hati
Tak mampu kekal menanti
Mula mencari pengganti
Atau hati itu mati
Dan kesengsaraan menjadi sebati
Biarpun cinta itu mungkin cinta sejati
Tetapi tiada maknanya jika yang bergema hanya satu hati
Mungkin cinta ini harus dibawa ke mati
Kerana ia tak bermakna harus dimiliki, cukuplah sekadar dalam hati
Sesungguhnya hanya cinta Allah yang kekal sejati.
Antara ada dan tiada.
Ia...
MAYA.
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
2 pendapat menarik:
nice...
keep writing dear :)
terima kasih, kak =)
Post a Comment