Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)
Isfahan Itu Aku (III)
Isfahan Itu Aku (IV)
Isfahan masih ingat perkenalannya dengan Insyirah suatu ketika dahulu.
Semuanya masih segar di ingatannya. Bagai segarnya embun menjemput hadirnya pagi, begitulah juga segarnya ingatan Isfahan akan kenangan terindah itu. Kenangan terindah yang baginya tidak mungkin akan terlupakan. Sungguh tidak mungkin.
Sejujurnya, perkenalan mereka ketika itu memang tidak pernah terlintas walau di fikirannya yang paling waras. Tidak pernah dimimpikan walau dalam mimpinya yang terindah. Juga tidak pernah disiratkan di hatinya yang sememangnya kosong itu.
Tapi, hati kosongnya itu bergema saat pertama kali mereka bersua muka. Ruang-ruang hati yang pada mulanya kosong itu, tiba-tiba bagaikan berisi. Isfahan hampir terjatuh. Sungguh tidak tertanggung olehnya akan kuatnya gelora yang melanda hatinya ketika itu.
Fizikalnya, dia cuma hampir terjatuh. Tapi, hatinya itu sudah lama jatuh. Jatuh saat mata mereka saling bertentangan. Saat itu, terasa bagaikan melihat meteor di malam yang sepi. Mengejutkan tapi indah dan mengagumkan.
"Benarlah kata orang, mata itu, pintu hati." ujar Isfahan dalam hati. Dia jadi ingat akan ungkapan itu.
Saat itu, hatinya terkesan. Sungguh dia sudah tertawan kepada Insyirah.
" Kau boleh kenalkan dia pada aku?" pinta Isfahan kepada Sarah keesokan harinya.
Sarah ketawa kecil.
" Boleh. Tapi jangan kau sakiti dia. Jangan kau permainkan dia. Kalau tidak, aku memang tak akan maafkan kau."
jawab Sarah yang memberi persetujuan, walaupun ada bibit-bibit amaran di situ.
" Insya-Allah aku tak akan buat begitu Sarah, aku betul-betul ikhlas ni. Kau pun tahu aku ni macam mana, bukan?" Isfahan cuba meyakinkan.
Sebagai sahabat karib Insyirah, sudah semestinya Sarah akan bersikap begitu. Isfahan faham benar. Sejujurnya, dia gembira kerana Insyirah punya sahabat yang sebegitu prihatin. Dia tersenyum.
" Ya, aku tahu. Aku percayakan kau. Sebab itulah aku sudi tolong" jawabnya kepada soalan Isfahan. Dia ikut tersenyum.
"Terima kasih Sarah."
" Jadi, bila kau nak kenalkan kami?" tambah Isfahan lagi.
"Kau ni...sabar-sabarlah. Takut sangat dia dikebas orang" ujar Sarah.
" Memang takut pun."
Mereka berdua ketawa. Dalam hati Isfahan, sungguh dia tidak sabar menantikan tibanya hari itu.
Di matanya kini cuma ada Insyirah. Di hatinya yang dahulunya kosong itu juga, hanya ada Insyirah. Sungguh dia sudah jatuh cinta kepada Insyirah.
Hari-harinya kini kelihatan lebih berwarna. Bagaikan pelangi yang hadirnya menceriakan suramnya hujan, begitulah juga dengan kehadiran Insyirah dalam hidup Isfahan. Indah, menceriakan dan penuh dengan Nur kebahagiaan.
Bagi Isfahan, Insyirah sememangnya pelangi di hatinya.
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
0 pendapat menarik:
Post a Comment