Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)
Isfahan Itu Aku (III)
Isfahan Itu Aku (IV)

Isfahan masih ingat perkenalannya dengan Insyirah suatu ketika dahulu.

Semuanya masih segar di ingatannya. Bagai segarnya embun menjemput hadirnya pagi, begitulah juga segarnya ingatan Isfahan akan kenangan terindah itu. Kenangan terindah yang baginya tidak mungkin akan terlupakan. Sungguh tidak mungkin.

Sejujurnya, perkenalan mereka ketika itu memang tidak pernah terlintas walau di fikirannya yang paling waras. Tidak pernah dimimpikan walau dalam mimpinya yang terindah. Juga tidak pernah disiratkan di hatinya yang sememangnya kosong itu.

Tapi, hati kosongnya itu bergema saat pertama kali mereka bersua muka. Ruang-ruang hati yang pada mulanya kosong itu, tiba-tiba bagaikan berisi. Isfahan hampir terjatuh. Sungguh tidak tertanggung olehnya akan kuatnya gelora yang melanda hatinya ketika itu.

Fizikalnya, dia cuma hampir terjatuh. Tapi, hatinya itu sudah lama jatuh. Jatuh saat mata mereka saling bertentangan. Saat itu, terasa bagaikan melihat meteor di malam yang sepi. Mengejutkan tapi indah dan mengagumkan.

"Benarlah kata orang, mata itu, pintu hati." ujar Isfahan dalam hati. Dia jadi ingat akan ungkapan itu.

Saat itu, hatinya terkesan. Sungguh dia sudah tertawan kepada Insyirah.

" Kau boleh kenalkan dia pada aku?" pinta Isfahan kepada Sarah keesokan harinya.

Sarah ketawa kecil.

" Boleh. Tapi jangan kau sakiti dia. Jangan kau permainkan dia. Kalau tidak, aku memang tak akan maafkan kau."
jawab Sarah yang memberi persetujuan, walaupun ada bibit-bibit amaran di situ.

" Insya-Allah aku tak akan buat begitu Sarah, aku betul-betul ikhlas ni. Kau pun tahu aku ni macam mana, bukan?" Isfahan cuba meyakinkan.

Sebagai sahabat karib Insyirah, sudah semestinya Sarah akan bersikap begitu. Isfahan faham benar. Sejujurnya, dia gembira kerana Insyirah punya sahabat yang sebegitu prihatin. Dia tersenyum.

" Ya, aku tahu. Aku percayakan kau. Sebab itulah aku sudi tolong" jawabnya kepada soalan Isfahan. Dia ikut tersenyum.

"Terima kasih Sarah."

" Jadi, bila kau nak kenalkan kami?" tambah Isfahan lagi.

"Kau ni...sabar-sabarlah. Takut sangat dia dikebas orang" ujar Sarah.

" Memang takut pun."

Mereka berdua ketawa. Dalam hati Isfahan, sungguh dia tidak sabar menantikan tibanya hari itu.

Di matanya kini cuma ada Insyirah. Di hatinya yang dahulunya kosong itu juga, hanya ada Insyirah. Sungguh dia sudah jatuh cinta kepada Insyirah.

Hari-harinya kini kelihatan lebih berwarna. Bagaikan pelangi yang hadirnya menceriakan suramnya hujan, begitulah juga dengan kehadiran Insyirah dalam hidup Isfahan. Indah, menceriakan dan penuh dengan Nur kebahagiaan.

Bagi Isfahan, Insyirah sememangnya pelangi di hatinya.

Ada seekor singa.

Dia mengembara jauh ke seluruh pelusuk dunia. Merentasi benua yang penuh warna. Melalui hutan-hutan belantara yang menghijau keindahannya. Mengatasi halangan-halangan yang maha hebat dugaannya. Kenapa?

Demi mencari dunia di mana dia rajanya.

Sepanjang pencariannya, singa itu tidak makan. Tidak kira apa pun makhluk yang ditemuinya, dia tidak sesekali cuba untuk menangkapnya. Tingkahnya membuatkan sang kancil, rusa, seladang, atau apa sahaja binatang lain kehairanan.

Walau itu sebenarnya satu keperluan yang utama dalam hidupnya. Walau itu sebenarnya melawan naluri pemangsanya. Walau itu sebenarnya satu-satunya cara untuk mengatasi kelaparan yang sedang dihadapinya. Tapi, sang singa merasakan yang dia tidak boleh berbuat demikian. Tidak boleh dan tidak mahu.

Baginya, jika dia berada di dalam hutan, yang difikirkannya cuma satu. Untuk menguasai hutan itu.

Itu matlamatnya.

Baginya, jika dia berada di padang Savanna, yang difikirkannya tetap satu. Untuk menguasai Savanna.

Itu impiannya.

Ya, dia tidak mahu menjadi pemangsa. Niatnya di situ bukan untuk memburu. Tapi, ada sesuatu yang kepentingannya dirasakan mendahului segalanya.

Makhluk lain, haiwan lain, bahkan manusia pasti mempersoalkan prinsip sang singa.

Mengapa?

Mengapa?

Mengapa?

Pastinya itu yang diungkapkan mereka.

Tapi ketahuilah. Prinsip, objektiviti, impian dan ideologi itu perlukan pengorbanan. Perlukan kesungguhan. Perlukan kekuatan. Perlukan kesabaran juga hati yang cekal.

Walaupun pengorbanan itu sebenarnya menyakitkan. Tapi demi sesuatu yang kita rasakan betul. Demi sesuatu yang sentiasa meruntun hati dan minda kita, ia pasti berbaloi.

Siapa lagi yang akan menyokong diri kita jika bukan kita sendiri. Bukankah begitu?

Seperti sang singa yang kuat mempertahankan pegangannya, harap kita juga begitu.

“It’s better to marry someone you love second best, than the one you love the most”

There are people who say that smugly. Do people really know if the person they're dating now is someone they love second best?

But, one thing's for sure: At the moment when you are about to lose the person you love most in life, you'll realize that the person is the ‘one’. But it might be too late.

So, what if you're not sure whether the person is the right choice. Not certain whether you love that person enough. Not ready to give up on all the thousands admirer around who are more good looking and more exciting. What will you do?

One way of checking this is via this question:

Can you countenance the thought of that person flirting with others?

If the answer is no; if the thought of that drives you to distraction, to uneasiness, to doom, then that person is the one for you. This simple primal drive to keep that person for your own is, in my carefully thought out opinion, the most basic form of true love.

Compatibility, shared interests, similar and suitable backgrounds. A lot of people blabber on about that. But that’s nonsense.

A love is when you can accept one’s lackness and weakness; not only accepting the good side of them.

A love is all about trust and faith; as this is the essence.

A love is about caring and being understanding; as this make you feel loved.

Well, one thing’s for sure: Your strong feeling towards that person is enough to overcome any adversity. And it is important for you to love and at the same time being loved.

So, make a decision. The key that opens the door of miracle is in everyone's hand. And with the desire to change the small steps you take forward, the door of miracle will open someday.

Whether that person is the one you love most or just the second best, who knows? It might not be that bad.

By the way, life is full of surprises.

Aku suka subjek geografi.

Meneliti peta dunia, menghafal nama-nama negara dan ibukotanya, menganalisa struktur dan rupabentuk bumi, aku suka semuanya. Pernah juga terfikir yang barangkali aku akan menceburi bidang ini suatu masa nanti. Mungkin jadi ahli geologi atau juga guru geografi. Tapi ianya cuma jadi angan-angan semata.

Ada satu kisah yang membuatkan aku tak akan lupa kelas geografi di sekolah dulu. Kisah yang juga tidak dilupakan rakan-rakanku. Sehingga sekarang ia menjadi topik perbualan kami, sumber gelak ketawa kami. Ya, terkadang kenangan itu memang indah.

Suatu hari di kelas Geografi.....

Cikgu : Ahmad (bukan nama sebenar), kamu tahu apa itu plankton? Tolong terangkan kepada saya dan rakan-rakan kamu.

Ahmad: Plankton itu adalah sejenis alat menangkap ikan, cikgu.

Ahmad menjawab dengan selamba.

Panggg!!! (ini efek bunyi tamparan)

Ya, cikgu geografi kami menampar Ahmad. Sebagai guru, memang bengang rasanya mendengarkan jawapan sebegitu rupa. Kami sekelas pun kehairanan ketika itu. Ya, hairan yang amat. Mengapa Ahmad menjawab sedemikian? Sudah gilakah dia pada hari itu? Hmm, barangkali ini contoh 'gila sekejap' yang boleh membuatkan puasa kita terbatal. Betulkah?

Cikgu geografi kami cuba menenangkan amarahnya. Selepas itu dia kembali bertanya...

Cikgu: Abu (juga bukan nama sebenar), kamu tahu dimana letaknya Lumut?

Abu: Kat atas tanah, cikgu.

Apakah???

Mungkin kejadian yang baru berlaku sebentar tadi mengganggu kestabilan emosinya, sehingga dia tidak lagi mampu berfikir dengan rasional. Kasihan.

Atau barangkali, dia cemburu melihat Ahmad dibelai sebegitu rupa oleh guru geografi kami. Untuk tidak menghampakan Abu, Abu dihadiahkan satu tamparan. Mungkin ini memang apa yang dia mahukan...TAHNIAH! hahaha

Hasil daripada sesi soal jawab yang kerap berakhir dengan kejadian tragis itu, cikgu kami tidak bertanya lagi. Trauma agaknya.

Sebaliknya, rakan sekelas kami yang mula bertanya kembali kepada cikgu itu...

Ali: Cikgu, boleh saya tahu di mana kedudukan Norway di peta dunia?

Cikgu: Oh, Norway ya? Senang sahaja. Norway letaknya di sini. (nada penuh keyakinan)

Ali tercengang. Kami juga. Mengapa Kanada pula yang menjadi Norway? Apakah Norway sudah menjajah Kanada? Bila? Hmmm, bab ini guru sejarah kami belum pernah ajar. Atau mungkin ini sejarah yang tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah...hehe

Tapi, mungkin juga cikgu geografi kami hanya bergurau. Kami kan pelajar-pelajar yang baik :)

Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)
Isfahan Itu Aku (III)

" Saya sukakan awak Insyirah!"
ucap Isfahan.

Jantungnya berdegup kencang. Kakinya sudah mula terketar-ketar. Gemuruh.

" Errr...cinta sebenarnya" tambahnya lagi.

Mendengarkan kata-kata Isfahan, Insyirah ketawa kecil. Dia tersenyum. Isfahan juga ikut tersenyum. Lega rasanya apabila perasaan itu akhirnya diungkapkan. Tapi kini terpulang kepada Insyirah untuk memberi kata putus. Isfahan kembali gemuruh.

" Ya, saya juga sama" balas Insyirah.

Isfahan terkesima. Hatinya mula berbunga. Tiba-tiba dunia ini kelihatan sangat indah.
Dia hampir menangis kegembiraan. Sejujurnya dia tidak menyangka Insyirah sudi menerima cintanya itu. Sungguh bahagia rasanya.

" Dah lama saya tunggu awak untuk ungkapkan semua ini" tambah Insyirah.

" Dah lama?" fikir Isfahan dalam hati.

Selama ini, dia menyangka Insyirah tidak sudi menerima dirinya. Rimas akan perasaannya. Barangkali, Insyirah juga takut akan cintanya.

Tapi, mendengarkan yang Insyirah juga menunggunya selama ini, Isfahan benar-benar terkejut. Sungguh dia tidak menyangka. Tapi itu tidak penting. Baginya, yang penting sekarang ini, mereka berdua dapat bersama. Berdua mengecapi kebahagiaan di hari mendatang. Buat selama-lamanya. Insya-Allah.


-------------------------------------------------------------------------------------


" Oh, cuma mimpi" dengus Isfahan.

Dia tersenyum mengenangkan mimpi yang dirasakannya sungguh indah itu. Namun, sejujurnya dia sedikit kecewa. Kecewa kerana ia hanyalah mimpi, bukan kenyataan. Tapi, rasanya tidak mungkin baginya untuk mengungkapkan perasaan yang sering disimpannya itu. Dia tiada kekuatan untuk itu.

Insyirah juga pasti tidak akan membuka pintu hatinya. Dia cukup faham kehendak Insyirah yang sememangnya tidak berminat atas dirinya, cintanya dan segala-galanya tentang dirinya. Tapi, seperti mimpi itu, mungkin juga ini semua hanyalah andaian tanpa asas semata-mata. Isfahan cuba menyedapkan hati.

" Alangkah bagus jika mimpi itu jadi kenyataan" bisik Isfahan.

Sejujurnya, dia masih berharap. Sesungguhnya dia hanya mahukan cinta Insyirah, bukan perempuan lain. Yang diperlukannya saat ini hanyalah sebuah peluang. Peluang untuk membuktikan cintanya. Peluang untuk mencintai. Peluang untuk dicintai.

" Harap Allah membantuku" doa Isfahan.


Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)

Rindu.

Jauhnya di perantauan membuatkan Isfahan rindu. Ya, sememangnya dia rindu akan tanah airnya, keluarganya, juga rakan-rakannya. Tapi, rindunya terhadap Insyirah tiada tolok bandingannya. Sungguh dia amat rindu akan Insyirah.

Walau apa pun tarikan yang dipersembahkan kepadanya di negara asing ini, sinarnya tidak lagi kelihatan di mata Isfahan. Baginya, sinar dalam hidupnya bukan di sini. Tapi, nun jauh beribu batu di sana, merentasi gunung-ganang dan lautan. Letaknya dalam diri seorang perempuan. Insyirah.

"Tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia" fikir Isfahan yang sebetulnya hanya sibuk menghitung hari selama di perantauan.

Terasa banyak yang mahu diceritakannya kepada Insyirah. Sejujurnya, dia gemar melihat wajah Insyirah yang keriangan. Dia gembira mendengar tawa Insyirah yang gembira. Dia bahagia melihat senyuman Insyirah yang bahagia. Betapa Isfahan sukakan semua itu.

"Harap wajah itu, tawa itu, dan senyuman itu kekal selamanya." Isfahan berdoa kepada yang Maha-Esa. Doanya cuma satu. Agar Insyirah sentiasa bahagia.

Hari ini Isfahan akan kembali merentasi gunung-ganang dan lautan. Dia akan kembali ke tanah air. Kembali dekat dengan sinar hidupnya. Ya, dia mahu kembali kepada Insyirah.

Memikirkan Insyirah, dia jadi senyum sendiri. Hatinya gembira tidak terkata. Dia merasa bahagia. Ya, bahagia. Walau cuma mencintai tanpa dicintai.

Sejujurnya, dia cuba untuk redha.

"Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya untukku" doa Isfahan. Hatinya mula sebak.

Dia meraup wajahnya. Ditenangkan kembali hatinya yang bergejolak. Ibarat awan putih yang menghiasi birunya langit, begitulah cintanya terhadap Insyirah.

Indah, tulus, dan suci.

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

There was an error in this gadget

Hall of fame

Lawatan

Hai kamu! (^_^)

Pelawat

Cantabile~~~

Interaksi

Bicara hati (^_^)

Mari menonton!

Loading...

Blog updates