Senja kian melabuhkan tirainya. Isfahan termenung di sebalik kesuraman senja. Matanya jauh merenung tasik di hadapannya. Fikirannya terlalu berserabut. Memang banyak perkara yang difikirkannya ketika itu. Dia tidak menyangka niatnya untuk berjoging di sekitar tasik pada hari itu telah mengundang banyak perkara yang hanya mengganggu mindanya. Terbaru, soalan rakannya ketika mereka berjumpa.
"Is, kau nak kahwin ke?" soal rakannya.
"Nak kahwin? Ya, memang aku nak!" jawab Isfahan dalam hati.
Dia hanya mampu tersenyum di hadapan mereka setiap kali itu yang diungkapkan. Tapi yang menjadi persoalannya, siapakah yang akan mendampinginya?. Dia tidak tahu. Dia hanya mampu berserah kepada Illahi.
Sedari dulu, Isfahan memang tiada tuah dengan wanita. Semua cinta yang berputik di hatinya hanya mampu dipendam. Walaupun dia dilabel sebagai seorang yang riuh oleh rakan-rakan, namun sebenarnya dia seorang yang pemalu. Mungkin atas sifatnya inilah dia masih belum pernah berdampingan dengan mana-mana wanita sehingga mengundang tawa rakan-rakannya yang lain.
"Ah! Kalau hanya mahu berdamping-dampingan nak buat apa. Akhirnya hanya akan saling menyakiti. Aku tak mahu sakiti wanita. Tak mahu!" teriak Isfahan dalam hati.
Dia memang berazam untuk tidak pernah menyakiti wanita. Baginya, cinta dan wanita adalah sesuatu yang mulia dan kewujudannya bukan untuk disakiti. Dia tidak perlukan kekasih, tapi seorang isteri yang akan menjadi suri dalam hidupnya. Itu yang terpenting baginya.
Di kala berjoging mengelilingi tasik sebentar tadi, Isfahan terserempak dengan ramai pasangan, baik pasangan kekasih mahupun suami isteri. Hatinya meronta minta dikurniakan sebuah cinta hingga menimbulkan kerunsingan kepada dirinya ketika ini. Tapi dia terpaksa menahan segala perasaan cintanya selama ini. Dia masih belum bersedia, fikirnya.
Namun begitu, sudah sekian lama Isfahan menaruh hati pada seseorang. Hatinya sudah ditawan oleh seorang wanita bernama Insyirah. Baginya, Insyirah adalah segalanya. Tapi dia hanya mampu memendam rasa, takut Insyirah menjadi kurang senang dengan perasaan yang hadir dihatinya kini. Kini, Isfahan runsing antara mahu mengemukakan perasaan cintanya atau terus menjaga perasaan Insyirah. Dia merasa seperti terperangkap.
Akhirnya renungan Isfahan terhenti. Fikirannya yang runsing dan hatinya yang bercelaru tadi dikejutkan azan maghrib yang berkumandang menemani hadirnya senja. Isfahan bangun, lantas memulakan langkah untuk pulang.
"Ah, biarlah aku simpan sahaja perasaan ini, asalkan Insyirah tak bencikan aku. Biarlah hati aku yang sakit, asalkan dia tak disakiti" fikir Isfahan lagi sambil mempercepatkan langkahnya menuju jalan pulang yang semakin gelap ditelan malam.
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
14 pendapat menarik:
Hebat! Tulisan saudara sungguh kemas.
Siapalah sebenarnya Isfahan ini.
Selain jawapannya ialah "Itu Aku." Hehe.
Selamat mengemas kini blog lagi!
Oh lupa. Saya suka template blog saudara! =)
Terima kasih. Tapi saya biasa2 sahaja sebenarnya.
Siapa Isfahan? Biarlah rahsia, ya ;)
Terima kasih sekali lagi ya saudari.Template kamu, entry kamu...semuanya lebih hebat. Saya suka!
*My 1st follower! =)
Hehehe... namun saya percaya pada gerak hati,
dan saya yakin saya tahu siapa saudara ;)
selamat mengemas kini blog!
tahniah kerana sudah punya blog di blogspot!
saudari tahu siapa saya? wow.
saya tidaklah popular, jadi saya kurang pasti siapa yang saudari fikirkan.
tapi andai kata ianya benar, pasti gerak hati saudari sangat hebat ;)
terima kasih sekali lagi ya. blog ini pasti akan diisi lagi. harap dapat menjadi blog yang menarik seperti milik saudari :)
Salam alaikum,
Insya Allah ada kekuatan yang akan mendorong suara hati saudara berbicara. Bukan gema lagi tapi lisan yang terucap.
Saya ada satu falsafah dalam cinta,
Katakan dan jawapnya ya, terima dengan tanggungjawab, jika tidak, terima dengan kerhedaan.
Insya-Allah, saudara :)
bagi saya, cinta itu adalah keredhaan antara dua hati. itu yang menjadikannya rumit. bukankah begitu?
Ya, benar kalau konsep redha ini saya tafsirkan sebagai kecenderungan berkasih saya sesama insan dan saling tenang apabila bersama.
Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).
halu, mind if komen ni menyampok di celah2 komen yg sgt2 la tggi nilainye (=
cool post,if dat guy really exists in reality, i wud b glad to meet him. sbb rasenye nessa sdri xpna jumpe dat kinda guy. maybe sbb sye sdri maseh kanak2, so my world havent been exposed too much.
well, goodluck for isfahan to find another 'insyirah' ((x
tak mengapa...celah sahaja, cik hannessa...
saudari mahu bertemu lelaki seperti Isfahan? mengapa, ya?
oh, sepatutnya Isfahan patut mencari Insyirah yang lain, ya? (^__^)
sbb? haha. aneh pulak. ingatkn lelaki mcm tu wujod kt novel or drama je.
or sbnrnye mmg xwujod? :p
haha,ish.jgnlah.nnt cite insyirah ni xabes pulak kalau die crik yg laen :)
hidup ini kan penuh dgn kejutan...hehe
dia wujud :)
hahaha...baiklah klu camtu
hahah, btol2. wow, kalau dia wujod, sye sgt kagum.
bertuah insyirah (;
bertuah eh?...hahahaha
actually, what do u like abt him? nak tau plak...huhu
hahah, a lot mungkin. sesuatu yg baru, yg xpenah dijumpai dlm mane2 lelaki yg penah dikenali ((=
Post a Comment