Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Kau keras umpama batu...

Tak termakan pujuk dan rayu...

Tak menangis di ketika sayu...

Tak berganjak walau kau perlu...


Apakah tiada lagi perasaan padamu?

Sehingga kau jadi kaku?

Sehingga lidahmu kelu?

Dan kau tolak segala perasaan dari membelenggu.


Bangkitlah wahai hati...

Selamilah nikmat perasaan cinta kurniaan Penciptamu...

Lembutkanlah dirimu dengan ayat-ayat Tuhanmu...

Moga kau mula bergetar...hangat akan kasih sayang...bahagia di sepanjang hidupmu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut satu majlis ilmu, hati yang keras dan sukar menitiskan air mata adalah antara tanda kemurkaan Allah SWT ke atas diri seseorang itu, di mana nikmat kasih sayang dihapuskan daripada dirinya.


Imam Ahmad, at-Thobaraa-ni dan al-Baihaqi meriwayatkan satu hadith yang bersumber dari Abu Hurairah RA tentang seorang lelaki yang datang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW tentang hatinya yang keras, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda kepadanya:


إِنْ أَرَدْتَ تَلْيِيْنَ قَلْبَكَ فَأَطْعِمِ اْلِمسْكِيْنَ وَامْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيْمِ


Maksudnya: Sekiranya kamu mahu melembutkan hatimu maka berilah makan kepada orang miskin dan gosoklah kepala anak yatim.


Dan antara ayat suci Al-Quran yang boleh dijadikan amalan untuk mengubati penyakit keras hati ini terkandung sebagaimana ayat ke-21 Surah Al-Hashr:


59:21

Maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hashr, Ayat 21)


p.s.- Marilah kita sama-sama menghindari kemurkaan Allah SWT dan semoga kita semua sentiasa berada dalam payungan rahmat dan keredhaan yang Maha Esa. Aminn Ya Rabb.

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates