Bila gelap malam tiba
Hatiku jadi kian hiba
Terkenangkan harapanku yang kian sirna
Ditelan anganku yang entah apa
Sungguh ku keliru
Ku rasakan hatiku hipokrit
Ku perlihatkan langitku yang membiru
Sedangkan yang kurasakan cuma perit
Apakah ku tak mengharap?
Entahlah, jawapannya masih mahu ku garap
Apakah ku menanti?
Mungkin ya...mungkin juga sampai mati
Pintu hatiku ku ketuk...bergema
Petanda ia kosong tanpa rasa
Masih menanti yang pertama
Mungkinkah akan tiba anugerah dari yang Maha Esa?
Kini hatiku bagai perahu di tepian pantai
Beralunan bersama ombak
Tenang bersama keindahan pantai
Sesekali pedih dipukul ombak
Betapa hatiku tak akan bisa santai
Adakah sepi ini yang menggoyahku?
Atau hati ini yang sebenarnya menyeksaku?
Sejujurnya ku keliru dalam mengharap
Dan hanya padamu Ya Allah ku bersujud
Namun, mungkin anganku ini tak silap
Dan cinta sejati itu sememangnya wujud...
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
5 pendapat menarik:
angan boleh dijadikan impian...doa dan usaha akan merealisasikannya..aceyhh...all d best! nice poem!
hoho..so true!
thanks, ms adledash! (^__^)v
Adakah sepi ini yang menggoyahku?
Atau hati ini yang sebenarnya menyeksaku?
mintalah hanya pada-Nya.. :)
niwei khairul, kalau u dh sukakan sum1, jgn pendam2 tau,, luahkan.. mana tahu dia pun suka.. hehe..
ibu kata, bercinta perlu dengan hati yang berani.. maknanya, perlu berani untuk menerima penolakan jugak kan?? hihi ;p
eh, xde la...sape yg memandai wat cite neh..
hahahahaha :P :P :P
paan la yg buat cerita.. kah3 =))
Post a Comment