Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Isfahan Itu Aku (VI)

Pagi itu, cerahnya mendamaikan.
Burung-burung berkicauan bagai nyanyian alam yang sungguh mengasyikkan.
Pohon-pohon pula berdansa mengikut alunan tiupan angin yang menyamankan.
Oh, betapa indahnya ciptaan Illahi.

"Patutkah aku ajak Insyirah keluar?" Isfahan bertanya kepada dirinya sendiri.

Dia masih lagi berkira-kira. Sejujurnya, dia segan. Tapi masih lagi mahu memulakan inisiatif itu. Cabaran barangkali.

Sejak diperkenalkan oleh Sarah tempoh hari, Isfahan dan Insyirah menjadi semakin rapat. Memang ini di luar dugaan Isfahan kerana siapalah yang dapat menyangka bahawa mereka sebegitu serasi.

Rasa dirahmati. Ya, mungkin ini yang dirasakan Isfahan.

"Sarah, aku nak ajak Insyirah keluar la. Boleh?" Isfahan tiba-tiba menelefon Sarah. Dia rasa tidak pasti.

"Kau tanya aku nak buat apa. Tanya la pada dia. Sengal." rungut Sarah.

"Err...aku tak biasa la...macam malu je" tambah Isfahan.

"Kalau malu tak payah la keluar." jawab Sarah diiringi gelak tawanya.

"Ish. Tak membantu langsung!" Isfahan turut ketawa.

"Tanya hati kau. Kau nak ke, tak nak. Kalau hati kau dah jawab, terus tekadkan itu. Jangan fikir-fikir lagi. Faham?"

"Hati aku jawab mahu. Baiklah, aku ajak dia sekarang juga. Terima kasih, Sarah"

"Anytime. Selamat berjaya!" ucap Sarah sambil diiringi tawanya yang seakan mahu menyakat.

Isfahan tersenyum. Dia bersyukur punya kawan yang sebegini. Sentiasa mahu membantu. Memang bertuah rasanya.

Hati Isfahan juga telah menjadi satu. Tekadnya juga sudah membulat. Dia akan memberanikan diri untuk mengajak Insyirah keluar. Moga Allah membantunya. Amin.

Dengan ucapan Bismillah, Isfahan mula mendail nombor telefon bimbit Insyirah. Tangannya tiba-tiba terketar-ketar. Gemuruh. Sejujurnya dia tidak pernah mengajak mana-mana perempuan keluar. Jadi, hatinya agak risau. Risau akan penolakan. Risau akan kekecewaan. Risaukan segalanya.

"Ah...tak bagusnya perasaan risau ini. Pergi kau. Main jauh-jauh." Isfahan mengomel sendirian. Mahu menghilangkan gelora di hatinya yang sedang keliru itu.

Dan dengan izin Allah, akhirnya Isfahan berjaya menekan punat penentuan.

"Assalamualaikum, Insyirah."

"Wa'alaikumsalam...Isfahan, ya?"

"Ya, saya. Insyirah. Awak suka buku kan? Apa kata kita ke pesta buku esok? Saya nak mintak pandangan Insyirah untuk beberapa buku yang saya mahu beli. Boleh?" terjah Isfahan.

Tiba-tiba otaknya jadi lincah pula. Hilang sudah segala kerisauan yang meraja tadi. Tapi dia sedar, dia kelihatan agak naif di situ. Dia jadi malu. Tapi yang penting niatnya sudah disampaikan.

"Errr...boleh. Apa salahnya. Jumpa esok la kalau macam tu." jawab Insyirah gugup. Terkejut barangkali. Tapi terdengar ketawa kecil di hujung kata itu. Isfahan tersenyum.

"Terima kasih, Insyirah! Jumpa esok, ya!" Isfahan menjawab riang. Memang dia tidak dapat menyembunyikan lagi kegembiraannya itu.

"Terima kasih, ya Allah." bisik hati Isfahan. Sesungguhnya dia benar-benar bersyukur.

Hari itu, dalam keriangan, Isfahan memerah otak untuk memikirkan aktiviti mereka esok hari. Hatinya berbunga riang. Sungguh dia tidak sabar menanti hari esok. Jika boleh dipercepatkan waktu, pasti dia sudah berbuat begitu. Pasti.

Riangnya burung-burung yang berkicauan.
Asyiknya pohon-pohon yang berdansa.
Damainya angin yang berhembus.
Terangnya hari yang cerah.

Barangkali semua perasaan inilah yang sedang dirasakan hati Isfahan.

Atas nama cinta...

6 pendapat menarik:

wahh,spt biasa, ur words are amazing ((: bes2, da de prkmbgn.hehe.eh,patotnye bukukan dz story taw.cm bese, tunggu smbongan sterosnya.hehe
*msti tensen da de pminat neh.hihi.

terima kasih...hehe

nak tau kisah seterusnye? tungguuuu...hahaha

*takpe la...tensen tu la yg merangsang produktiviti...hehehe

adakah ni kisah benar?? huu~ sgt damainye jalan cerita..wish it will happen to me sumday la..hahaha! *berangan*

ini cerita fantaliti (fantasi+realiti)...ahaha

damai ke? maybe sdg dalam mood yg begitu masa menulis ni..hehe..thanks ye

owh, surely it will happen to u sumday :)

i guess, dat insyirah msti exist sbnrnye..kalau ada, baca surah Al-Insyirah..smoga hati dia dkt dgn kamu...dgn izinNya..insyaAllah...i guess, u already know kot..huu!

hahaha...ade2 je...umm, mcm dah x feasible la...sbb tu i'm start writing..hehehe

*this story actually akibat perasaan yg bercampur baur..haha:P

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

There was an error in this gadget

Hall of fame

Lawatan

Hai kamu! (^_^)

Pelawat

Cantabile~~~

Interaksi

Bicara hati (^_^)

Mari menonton!

Loading...

Blog updates