Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Oleh sebab diberi homework oleh Hanamichi Sensei, mari baca 25 fakta tentang saya *kalau tak berminat, sila klik butang merah bersimbol 'X' kat penjuru atas tu...haha*.

Baiklah...fakta2nya adalah seperti berikut:

  1. Suke makan ayam...ekeke...juga seafood, terutamanya sotong *sodap*
  2. Telinga sensitif yang amat sampai masa nak tidur kalau dengar bunyi air menitik sikit pun tak boleh...kronik kan? adesss ;p
  3. Binatang paling dibenci ialah semut. *serangga pun kira binatang kan? lantaklah...haha*
  4. Ada masalah terlalu consider akan perasaan orang lain *patutnya kena jadi kejam sikit...sesuaikan dengan kerjaya...muahaha*
  5. Pemalu...tapi kadang2 malu tak bertempat ;p
  6. Tak suka bila orang asyik cerita benda yang sama *lewah*
  7. Suka warna biru especially navy blue, juga hitam, ungu dan putih
  8. Sekarang ni dekat rumah dah tak ada bela kucing. Mak cakap kat lorong belakang dah ada banyak...wuwu (T__T)
  9. Dah terkena minyak pengasih 'FB'...so dah stuck kat situ je sekarang ni...hampeh~haha
  10. Suka main bola, tengok bola, main game bola, tapi tak suka minum Coca Cola~ :D
  11. Careless akan keselamatan tubuh badan...selalu terhantukkan kepala...hahaha
  12. Sekarang dalam misi mahu fit. Makan nasi sekali sehari. Malam makan buah2an je *nangis*
  13. Suka, suka dan suka akan bintang2 di langit. Dulu cita2 nak jadi astrologist :p
  14. Sepanjang hidup, baru 4 kali je nampak shooting star...huhuhu *lama dah tak nampak...kat KL ni mana la nak nampak bintang :(*
  15. Basikal2 kat rumah semua hilang sebaik sahaja alam persekolahan tamat...ironi sungguh~
  16. Kucing lagenda kesayangan keluarga bernama Tommy. Dia gagah berani, berbadan sasa dan sangat kacak. Tapi dah arwah...wuwu (T__T)
  17. Suka digigit kucing. Selalunya akan sengaja bagi tangan pada kucing untuk digigit...entah apa2...hahaha
  18. Berbakat dalam sakat menyakat. Tapi lepas tu akan terbit rasa bersalah dalam sanubari...almaklum, baik hati la katakan...ewah~ wahaha
  19. Masa kanak2, selalu suruh mak belikan jajan yang dalam kotak tu...hehe *best gila*
  20. Tak reti tunggang motosikal sebab ayah tak bagi...hahaha
  21. Suka lepak2 kat dapur sebab nak borak2 dengan mak :)
  22. Diri sebenar dengan diri di alam siber adalah jauh berbeza :)
  23. Ada masalah susah mahu fokus. Minda suka menerawang ke mana2...huhu
  24. Cepat bosan akan sesuatu perkara...on most things but not all :)
  25. Seorang yang setia...I'll always be on your side, bebeh...ewah~ ;))

Macam banyak merepek dari berfakta. Atau barangkali fakta2 tu memang perkara2 yang entah apa2...haha. Harap Hanamichi Sensei terima homework ni dan bagi sepuluh bintang ye...ahaha (^___^)

p.s- nak kena tag orang lain ke? tak payahlah kan...kesian mereka2<---contoh baik hati...hahaha *entah apa2 je* sori~ :)

7 pendapat menarik:

hahaha.. aku pon br siap homework cekgu hanamichi bagi..

aku suke fakta no 4...tapi keje ko mmg kejam di..aku tau tu...korek smpai lubang cacing..pastu bg dia mental torture..hahaha...aku suke..



kil..kill die..die

hanis: ooo...lambat hantar eh...cekgu! tolak markah dia! hahaha

cekgu: hahahaha...sadis kan? so buat la keje elok2 ye klu xmo kne torture...hehe :)

"selalu terhantukkan kepala"

Deyem!! :))

husna: ahaha...malunye~ ;p

fakta ke 23 memberikan penjelasan terhadap kejadian City or Siti... muahahaha... that's it... terjawab dah D...

perghh...siot ah...hahaha

tp ko pun bersalah gak eh...len kali cakap biar terang...haha ;p

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates