Baiklah...fakta2nya adalah seperti berikut:
- Suke makan ayam...ekeke...juga seafood, terutamanya sotong *sodap*
- Telinga sensitif yang amat sampai masa nak tidur kalau dengar bunyi air menitik sikit pun tak boleh...kronik kan? adesss ;p
- Binatang paling dibenci ialah semut. *serangga pun kira binatang kan? lantaklah...haha*
- Ada masalah terlalu consider akan perasaan orang lain *patutnya kena jadi kejam sikit...sesuaikan dengan kerjaya...muahaha*
- Pemalu...tapi kadang2 malu tak bertempat ;p
- Tak suka bila orang asyik cerita benda yang sama *lewah*
- Suka warna biru especially navy blue, juga hitam, ungu dan putih
- Sekarang ni dekat rumah dah tak ada bela kucing. Mak cakap kat lorong belakang dah ada banyak...wuwu (T__T)
- Dah terkena minyak pengasih 'FB'...so dah stuck kat situ je sekarang ni...hampeh~haha
- Suka main bola, tengok bola, main game bola, tapi tak suka minum Coca Cola~ :D
- Careless akan keselamatan tubuh badan...selalu terhantukkan kepala...hahaha
- Sekarang dalam misi mahu fit. Makan nasi sekali sehari. Malam makan buah2an je *nangis*
- Suka, suka dan suka akan bintang2 di langit. Dulu cita2 nak jadi astrologist :p
- Sepanjang hidup, baru 4 kali je nampak shooting star...huhuhu *lama dah tak nampak...kat KL ni mana la nak nampak bintang :(*
- Basikal2 kat rumah semua hilang sebaik sahaja alam persekolahan tamat...ironi sungguh~
- Kucing lagenda kesayangan keluarga bernama Tommy. Dia gagah berani, berbadan sasa dan sangat kacak. Tapi dah arwah...wuwu (T__T)
- Suka digigit kucing. Selalunya akan sengaja bagi tangan pada kucing untuk digigit...entah apa2...hahaha
- Berbakat dalam sakat menyakat. Tapi lepas tu akan terbit rasa bersalah dalam sanubari...almaklum, baik hati la katakan...ewah~ wahaha
- Masa kanak2, selalu suruh mak belikan jajan yang dalam kotak tu...hehe *best gila*
- Tak reti tunggang motosikal sebab ayah tak bagi...hahaha
- Suka lepak2 kat dapur sebab nak borak2 dengan mak :)
- Diri sebenar dengan diri di alam siber adalah jauh berbeza :)
- Ada masalah susah mahu fokus. Minda suka menerawang ke mana2...huhu
- Cepat bosan akan sesuatu perkara...on most things but not all :)
- Seorang yang setia...I'll always be on your side, bebeh...ewah~ ;))
Macam banyak merepek dari berfakta. Atau barangkali fakta2 tu memang perkara2 yang entah apa2...haha. Harap Hanamichi Sensei terima homework ni dan bagi sepuluh bintang ye...ahaha (^___^)
p.s- nak kena tag orang lain ke? tak payahlah kan...kesian mereka2<---contoh baik hati...hahaha *entah apa2 je* sori~ :)