Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Kepada yang dimuliakan,

Calon isteri saya, calon ibu kepada anak-anak saya, calon anak kepada Ibu saya dan calon kakak juga adik buat adik-beradik saya.

Assalamualaikum.

Mohon maaf jikalau saudari tidak selesa akan kehadiran surat ini. Tapi, saya mohon agar saudari membaca dahulu surat ini sehingga habis. Kemudian saya persilakan saudari buang atau bakar ia sekiranya saudari rasa tersinggung akan surat ini.

Saya, yang bernama...... menginginkan saudari......untuk menjadi isteri saya. Saya bukanlah sesiapa melainkan seorang manusia biasa. Di saat ini saya masih ada pekerjaan, akan tetapi saya sendiri tidak tahu apakah saya akan tetap ada pekerjaan kelak. Yang pasti, saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk mencari nafkah bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan, saya tidak tahu apakah saya akan terus menyewa. Yang pasti, saya akan selalu berusaha agar isteri dan anak-anak saya terlindung dari hujan dan panas.

Sejujurnya, saya hanyalah manusia biasa, yang memiliki banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan saudari untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya, dan mengendalikan kelebihan saya.

Saya hanya manusia biasa dan cinta saya juga biasa sahaja. Oleh sebab itu, saya mengharapkan saudari agar sudi membantu saya untuk memupuk dan merawat cinta saya ini, agar ia menjadi luar biasa.

Saya juga tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama hingga ke akhir hayat. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti, saya akan berusaha sekuat tenaga saya untuk menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih saudari? Sejujurnya, sampai sekarang saya masih tidak tahu kenapa saya memilih saudari. Yang saya tahu, saya memilih saudari karena Allah. Dan yang pasti, saya mahu menikahi saudari untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.

Saya tidak berani menjanjikan apa-apa kepada saudari. Akan tetapi,saya mahu berusaha sekuat mungkin untuk menjadi seorang lelaki lebih baik dari saat ini.

Saya mohon agar saudari dapat mempertimbangkan juga mendalami hajat saya ini. Saya juga berharap agar saudari solat istiqarah dahulu sebelum saudari memberikan jawapan saudari kepada saya. Di sini juga, saya ingin memohon maaf kepada saudari atas banyaknya ketidakpastian saya. Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa dan Allah lah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu perkara itu. Semoga Allah meredhai saudari juga jalan yang kita tempuhi ini. Amin.

Wassalamualaikum.

Yang ikhlas,
Calon suamimu

Jendela hati,
Tertutup bagaikan terkunci,
Rapat umpama genggaman jemari,
Gelap gelita bagaikan di malam hari.

Jendela hati,
Hati ini dingin bak embun pagi,
Sepi bagai tiada penghuni,
Hiba ibarat menangisi mati.

Jendela hati,
Bukakanlah ia wahai sang pencinta misteri,
Nyanyikan lagu-lagu cinta buatku nanti,
Hangatkan diriku dengan cintamu yang murni.

Jendela hati,
Ingin ku buka kau setiap pagi,
Mahu ku nikmati panahan sang mentari,
Biar terasa hangat dan terang hati ini.

Jendela hati,
Mahu ku dengar kicauan burung-burung pagi,
Mahu ku nyanyikan lagu-lagu riang bersamanya nanti,
Biar nanti berbunga mekar hati ini.

Jendela hati,
Ku mengharapkan hidayah dari Illahi.
Ku mohon keampunan dariNya buat diri ini,
Ku doakan agar kebahagiaan hakiki milikku nanti,
Semoga aku nanti hidup secerah mentari,
Ditemani cinta suci yang sejati,
Membina mahligai cinta dengan keredhaan Illahi.

Bintang-bintang indah berkerlipan
Bersinaran bak berlian di kayangan
Menghiasi langit malam yang kelam
Membuatkanku terpesona setiap malam

Setiap malam kau menemaniku
Berkerlipan umpama berbicara rindu
Membuatkan hatiku berbunga pilu
Kerana kau begitu jauh dariku

Ingin ku gapaimu duhai bintang
Mahu ku simpan dalam genggaman
Kerana dirimu membuat hatiku terang
Bercahaya umpama lampu neon di taman

Terus bersinarlah wahai bintangku
Teruslah menemani malam-malam sepi ku
Ku mahu kau tahu betapa pentingnya dirimu
Kerana kamulah cahaya hidupku.....

Life is but a shadow of death

Desperate to forget its painful past

Though we hope for promising years

After shedding a thousand tears

Yesterday's sorrows constantly nears

And while the moon still shines blue

By dawn it will turn to scarlet hue...

Hari ini aku telah menukarkan daun baru (turn over a new leaf) dengan memulakan kerja di tempat yang baru. Oh ya...pakai baju baru juga...haha ;p

Pertama kali tukar kerja ni memang akan rasa sangat pelik. Yela, darah gemuruh la katakan. Maklumlah...orangnya muda, darah pun muda. Masih manis gitu. (macam tak ada kaitan)

Hari pertama mahu bekerja di tempat baru, bangun dari tidur terus sakit kepala. Memang kacau daun betul. Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar demi bangsa dan negara, digagahi juga tubuh sasa ini untuk berjuang ke arah pembangunan ekonomi negara.

Sampai sahaja di pejabat, masih ramai yang belum tiba. Jadi masa menunggu diisi dengan membaca suratkhabar ekonomi dan bisnes yang memang aku kurang gemari. So serious lah. Tak suka! :p

Kemudian selepas mendapat penerangan dari HR, aku dihantar ke department (maaf, saya tak tahu terjemahan department ke dalam bahasa Melayu...huhu) yang telah ditetapkan. Yang tinggal di department aku sekarang hanyalah pihak-pihak atasan, setiausaha bos, dan seorang senior yang sudah mahu berhenti kerja. Yang lainnya dah pergi outstation (maaf, tak tahu terjemahannya juga...haha) ke Gua Musang, Kelantan untuk dua minggu. Ruginya sebab tertinggal! Sedih! Tapi hidup tetap perlu kita teruskan. Lepas tu aku diperkenalkan kepada semua staff di tingkat yang sama. Malu lah...hihi.

Jadi hari ini seharian aku membaca manual, guidelines, working papers, reports (ok, sekarang malas mahu terjemahkan dah...hehe) dan lain-lain. Memang tekanan betul! Tapi apa nak buat, memang dah tak ada kerja yang mahu dibuat...terpaksalah. Sebab kita mula-mula ni memang kena tunjuk rajin kan...haha. Tapi dua minggu aku kena membaca semua tu je ke? Hmm...tak apalah...mungkin ada hikmahnya ni. Setiap sesuatu yang ditentukan Allah kan ada sebabnya...jadi bertabahlah ye <-- memotivasikan diri sendiri :p

Hari ni juga dapat tahu yang syarikat ni memang best! (tak mahu terjemahkan sebab perkataan ni lebih cool). Hari pertama datang dah dapat macam-macam. Dapat dua balang kurma, seikat kad raya, dan komputer riba. Dan akan dapat gula 4 kilo juga beras bernilai RM35 setiap bulan. Untung gila...hahahaha. Belum lagi elaun-elaun yang beraneka jenis. Memang terbaik lah. Haha.

Surau dia pun masih baru dan sangat besar. Macam lagi besar dari surau dekat rumah aku. Huhu. Dan staff area dia memang best! Ada studio untuk jamming, perpustakaan, meja kolam renang (meja pool), ping pong, darts, gymnasium dan bermacam-macam lagi lah. Hmmm...gymnasium eh. Jadi jangan pelik bila nanti melihat tubuh sasa ini bertambah sasa...hahaha (perasan).

Tapi lepas tu tiba-tiba je dah kena balik. Rasa kejap je kerja. Entah apa-apa...huhu. Balik pukul 4.30 sepanjang Ramadhan ni. Memang janggal lah! Sebab dulu selalu balik lewat...hehehe.

Oh! esok kena sambung membaca...hampeh la...hahaha. Bertabahlah diri! (^__^). Oh ya...ada satu perkara penting yang lupa nak kongsi. Buat makluman semua, saya staff termuda di department saya. Woohoo! \(^0^)/

p.s- Maaflah kepada pembaca blog ini kerana mengeluarkan entri sebegini rupa. Entri ini agak liar sedikit dan mengandungi kesalahan tatabahasa yang tidak kurang banyaknya. Jadi, ia tidak sesuai untuk dijadikan panduan ramai. Tapi apa boleh buat, saya masih lagi ketandusan idea untuk berpujangga. Tolong bersabar ya. Maaf sekali lagi dari saya yang khilaf ini. Sekian. <-- Bahagian ini okey. Boleh dijadikan panduan...haha ;p

Cintaku yang pertama hanya untuk Sang Khaliq...
...yang ku persembahkan dengan solat dan zikirku...


Cintaku yang kedua untuk Baginda Rasulullah...
...yang ku persembahkan dengan selawat dan pelaksanaan sunnahnya...


Cintaku yang ketiga untuk kedua ibubapa ku...
...yang menjaga dan menyayangiku sedari kecil hingga aku dewasa...


Cintaku yang keempat untuk saudara-saudara dekatku...
...yang selalu menemaniku dalam suka dan duka ku...


Cintaku yang kelima untuk para sahabatku...
...yang memberiku keceriaan dan kesenangan dalam gurau sendanya...


Cintaku yang keenam adalah cintaku yang terakhir...
...untuk pasanganku yang selalu menghangatkan luruhku...
...dan meresapkan keharumannya dalam kalbuku...


Cinta itu tak perlu dikejar atau dicari...
Jadi, berhentilah berusaha mencari cinta...

Tetapi jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi peribadi yang patut dicintai...
Kerana dengan begitu, cinta akan datang dengan sendirinya...insyaAllah :)

~ Mutiara Anak Ayah ~

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates