Aku diam dalam gelap
Dengan mata yang kian berat
Tapi tidak ia mahu lelap
Kerana fikiran yang sudah sarat
Sepertinya fikiran ini menjeratku
Membuat aku buntu dan keliru
Ia terasa seperti mahu membunuhku
Setelah lama dia dan diriku berseteru
Aku cuba melepaskan diri dari terus dibelenggu
Mahu berfikiran positif untuk terus maju
Tapi kuatnya fikiranku menjadikan aku terganggu
Membuatkan aku semakin hilang hala tuju
Sudah banyak kali aku memuhasabah diri
Ingin memperbaiki keadaan yang kian memakan diri
Tapi sepertinya aku sudah terlalu jauh dari kawalan sendiri
Membuatkan diriku kian musnah angkara diri sendiri
Hanya padaMu ya Allah aku memohon
Untuk bantu aku menguasai diriku kembali
Kerana aku kini ibarat sebatang pohon
Tidak bergerak...tiada kemajuan...tiada nyali
転職前に源泉徴収票を紛失してしまったら?
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。
源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]
6 years ago
2 pendapat menarik:
seperti apa yang aku hadapi..
??
akak juga menghadapi perkara yang sama?
kalau ya, mudah2an kita dapat melaluinya dengan jayanya ye...hehe ;)
Post a Comment