Ada seekor singa.
Dia mengembara jauh ke seluruh pelusuk dunia. Merentasi benua yang penuh warna. Melalui hutan-hutan belantara yang menghijau keindahannya. Mengatasi halangan-halangan yang maha hebat dugaannya. Kenapa?
Demi mencari dunia di mana dia rajanya.
Sepanjang pencariannya, singa itu tidak makan. Tidak kira apa pun makhluk yang ditemuinya, dia tidak sesekali cuba untuk menangkapnya. Tingkahnya membuatkan sang kancil, rusa, seladang, atau apa sahaja binatang lain kehairanan.
Walau itu sebenarnya satu keperluan yang utama dalam hidupnya. Walau itu sebenarnya melawan naluri pemangsanya. Walau itu sebenarnya satu-satunya cara untuk mengatasi kelaparan yang sedang dihadapinya. Tapi, sang singa merasakan yang dia tidak boleh berbuat demikian. Tidak boleh dan tidak mahu.
Baginya, jika dia berada di dalam hutan, yang difikirkannya cuma satu. Untuk menguasai hutan itu.
Itu matlamatnya.
Baginya, jika dia berada di padang Savanna, yang difikirkannya tetap satu. Untuk menguasai Savanna.
Itu impiannya.
Ya, dia tidak mahu menjadi pemangsa. Niatnya di situ bukan untuk memburu. Tapi, ada sesuatu yang kepentingannya dirasakan mendahului segalanya.
Makhluk lain, haiwan lain, bahkan manusia pasti mempersoalkan prinsip sang singa.
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Pastinya itu yang diungkapkan mereka.
Tapi ketahuilah. Prinsip, objektiviti, impian dan ideologi itu perlukan pengorbanan. Perlukan kesungguhan. Perlukan kekuatan. Perlukan kesabaran juga hati yang cekal.
Walaupun pengorbanan itu sebenarnya menyakitkan. Tapi demi sesuatu yang kita rasakan betul. Demi sesuatu yang sentiasa meruntun hati dan minda kita, ia pasti berbaloi.
Siapa lagi yang akan menyokong diri kita jika bukan kita sendiri. Bukankah begitu?
Seperti sang singa yang kuat mempertahankan pegangannya, harap kita juga begitu.
Semut-semut di lengan
-
Saya terlupa satu hal ini, saya suka menumpahkan resah hati pada penulisan.
Lalu beberapa ketika, ada pelbagai resah yang masuk dalam kepala. Ia
resah-r...
2 hours ago
1 pendapat menarik:
setujuuuu~ ;D
Post a Comment