Bintang-bintang indah berkerlipan
Bersinaran bak berlian di kayangan
Menghiasi langit malam yang kelam
Membuatkanku terpesona setiap malam
Setiap malam kau menemaniku
Berkerlipan umpama berbicara rindu
Membuatkan hatiku berbunga pilu
Kerana kau begitu jauh dariku
Ingin ku gapaimu duhai bintang
Mahu ku simpan dalam genggaman
Kerana dirimu membuat hatiku terang
Bercahaya umpama lampu neon di taman
Terus bersinarlah wahai bintangku
Teruslah menemani malam-malam sepi ku
Ku mahu kau tahu betapa pentingnya dirimu
Kerana kamulah cahaya hidupku.....
Semut-semut di lengan
-
Saya terlupa satu hal ini, saya suka menumpahkan resah hati pada penulisan.
Lalu beberapa ketika, ada pelbagai resah yang masuk dalam kepala. Ia
resah-r...
1 day ago
0 pendapat menarik:
Post a Comment