Apa sebenarnya yang kau cari?
Apa ia cinta?
Apa ia bahagia?
Atau apa ia jaya?
Sepertinya ia tidak kau ketahui
Kerna kau mencari tapi tidak pernah kau temui
Pandanganmu malap kerna hatimu dikelabui
Hinggakan pada akhirnya hatimu mula meragui
Cinta?
Pentingkah ia?
Kerna dengannya yang kau mahukan hanya dia
Kerna pada akhirnya hatimu menjadi seakan buta
Bahagia?
Wajibkah ia?
Kerna tanpanya hidupmu bagaikan tiada makna
Kerna tanpanya hidupmu kan sengsara
Jaya?
Perlukah ia?
Kerna tanpanya kau merana
Kerna tanpanya kau bukanlah siapa-siapa
Tapi kini kau masih keliru
Tidak pasti apa yang dicari
Masih mencari dan tetap mencari
Tapi akankah kau temui?
~ Entah ~
Semut-semut di lengan
-
Saya terlupa satu hal ini, saya suka menumpahkan resah hati pada penulisan.
Lalu beberapa ketika, ada pelbagai resah yang masuk dalam kepala. Ia
resah-r...
6 days ago
0 pendapat menarik:
Post a Comment