Aku yang dilupakan
Atas apa yang aku lakukan
Usahaku bagaikan tiada dalam ingatan
Semuanya seperti tidak pernah kelihatan
Aku yang dilupakan
Makna diriku kau rendahkan
Penghargaan tidak lagi kau berikan
Kerana bagimu ada yang lain di fikiran
Aku yang dilupakan
Perasaanku tidak lagi kau endahkan
Pengorbananku cuma tinggal kenangan
Sungguh sadis caramu melupakan
Aku yang dilupakan
Tapi sebenarnya pernahkan aku berada dalam ingatan
Hadirku apakah kau benar-benar mahukan
Atau biarkan aku terus hilang dari pandangan
Semut-semut di lengan
-
Saya terlupa satu hal ini, saya suka menumpahkan resah hati pada penulisan.
Lalu beberapa ketika, ada pelbagai resah yang masuk dalam kepala. Ia
resah-r...
4 days ago
2 pendapat menarik:
haihh.lame da xjenguk2 blog khairul.
alevels rilly took my hobby away; stalking.ngeh3.as usual, class~! seronok bace!!
hye nessa! missed ur comments! hehehe
hope u r doing good over there! :)
thanks! (^__^)v
Post a Comment