Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.


Aku mencintai senja.

Rinduku bergejolak tika kanvas langit bermandikan warna jingga dan merah...

Awan yang berarak bagai gula kapas yang
berwarna-warni...

Rintihan hatiku mengharu-
biru kala matahari perlahan tertidur..


"Mengapa kau cintai
senja?" tanyamu.


"Kerana
senja itu cuma sekejap." jawapku.


"Bukankah sekejap itu adalah seksaan? Tidak ada yang mencintai sesuatu yang sekejap cuma."


"Ya. Tapi sekejap adalah apa yang aku miliki. Bahkan, hari cuma memiliki sekejap
senja. Tidak lebih."


"Mengapa kau mencintaiku?"


"Kerana hidup adalah sekejap. Dan hidupku ini hanya bisa memiliki dirimu cuma sekejap. Tidak pernah lebih."


"Jadi, aku cuma sekejap?"


"Ya. Kerana kau
senja ku"


Walau aku mencintai
senja, tapi kepada malam aku kembali.

Tapi kau, tetap
senja ku.

4 pendapat menarik:

Tapi bukankah hati yang ingin dimiliki itu boleh melintasi sempadan ya lagi satu?

Mungkinkah? Jika ya, pasti ia sesuatu yang sukar :)

kenapa cinta mesti dikaitkan dengan senja?? (nada tak puas hati) ;p

kerana ia cuma sementara...atau barangkali cuma dirasai di dunia? wallahualam...

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates