Jendela hati,
Tertutup bagaikan terkunci,
Rapat umpama genggaman jemari,
Gelap gelita bagaikan di malam hari.
Jendela hati,
Hati ini dingin bak embun pagi,
Sepi bagai tiada penghuni,
Hiba ibarat menangisi mati.
Jendela hati,
Bukakanlah ia wahai sang pencinta misteri,
Nyanyikan lagu-lagu cinta buatku nanti,
Hangatkan diriku dengan cintamu yang murni.
Jendela hati,
Ingin ku buka kau setiap pagi,
Mahu ku nikmati panahan sang mentari,
Biar terasa hangat dan terang hati ini.
Jendela hati,
Mahu ku dengar kicauan burung-burung pagi,
Mahu ku nyanyikan lagu-lagu riang bersamanya nanti,
Biar nanti berbunga mekar hati ini.
Jendela hati,
Ku mengharapkan hidayah dari Illahi.
Ku mohon keampunan dariNya buat diri ini,
Ku doakan agar kebahagiaan hakiki milikku nanti,
Semoga aku nanti hidup secerah mentari,
Ditemani cinta suci yang sejati,
Membina mahligai cinta dengan keredhaan Illahi.
Bintang-bintang indah berkerlipan
Bersinaran bak berlian di kayangan
Menghiasi langit malam yang kelam
Membuatkanku terpesona setiap malam
Setiap malam kau menemaniku
Berkerlipan umpama berbicara rindu
Membuatkan hatiku berbunga pilu
Kerana kau begitu jauh dariku
Ingin ku gapaimu duhai bintang
Mahu ku simpan dalam genggaman
Kerana dirimu membuat hatiku terang
Bercahaya umpama lampu neon di taman
Terus bersinarlah wahai bintangku
Teruslah menemani malam-malam sepi ku
Ku mahu kau tahu betapa pentingnya dirimu
Kerana kamulah cahaya hidupku.....
Life is but a shadow of death
Desperate to forget its painful past
Though we hope for promising years
After shedding a thousand tears
Yesterday's sorrows constantly nears
And while the moon still shines blue
By dawn it will turn to scarlet hue...
Hari ini aku telah menukarkan daun baru (turn over a new leaf) dengan memulakan kerja di tempat yang baru. Oh ya...pakai baju baru juga...haha ;p
Pertama kali tukar kerja ni memang akan rasa sangat pelik. Yela, darah gemuruh la katakan. Maklumlah...orangnya muda, darah pun muda. Masih manis gitu. (macam tak ada kaitan)
Hari pertama mahu bekerja di tempat baru, bangun dari tidur terus sakit kepala. Memang kacau daun betul. Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar demi bangsa dan negara, digagahi juga tubuh sasa ini untuk berjuang ke arah pembangunan ekonomi negara.
Sampai sahaja di pejabat, masih ramai yang belum tiba. Jadi masa menunggu diisi dengan membaca suratkhabar ekonomi dan bisnes yang memang aku kurang gemari. So serious lah. Tak suka! :p
Kemudian selepas mendapat penerangan dari HR, aku dihantar ke department (maaf, saya tak tahu terjemahan department ke dalam bahasa Melayu...huhu) yang telah ditetapkan. Yang tinggal di department aku sekarang hanyalah pihak-pihak atasan, setiausaha bos, dan seorang senior yang sudah mahu berhenti kerja. Yang lainnya dah pergi outstation (maaf, tak tahu terjemahannya juga...haha) ke Gua Musang, Kelantan untuk dua minggu. Ruginya sebab tertinggal! Sedih! Tapi hidup tetap perlu kita teruskan. Lepas tu aku diperkenalkan kepada semua staff di tingkat yang sama. Malu lah...hihi.
Jadi hari ini seharian aku membaca manual, guidelines, working papers, reports (ok, sekarang malas mahu terjemahkan dah...hehe) dan lain-lain. Memang tekanan betul! Tapi apa nak buat, memang dah tak ada kerja yang mahu dibuat...terpaksalah. Sebab kita mula-mula ni memang kena tunjuk rajin kan...haha. Tapi dua minggu aku kena membaca semua tu je ke? Hmm...tak apalah...mungkin ada hikmahnya ni. Setiap sesuatu yang ditentukan Allah kan ada sebabnya...jadi bertabahlah ye <-- memotivasikan diri sendiri :p
Hari ni juga dapat tahu yang syarikat ni memang best! (tak mahu terjemahkan sebab perkataan ni lebih cool). Hari pertama datang dah dapat macam-macam. Dapat dua balang kurma, seikat kad raya, dan komputer riba. Dan akan dapat gula 4 kilo juga beras bernilai RM35 setiap bulan. Untung gila...hahahaha. Belum lagi elaun-elaun yang beraneka jenis. Memang terbaik lah. Haha.
Surau dia pun masih baru dan sangat besar. Macam lagi besar dari surau dekat rumah aku. Huhu. Dan staff area dia memang best! Ada studio untuk jamming, perpustakaan, meja kolam renang (meja pool), ping pong, darts, gymnasium dan bermacam-macam lagi lah. Hmmm...gymnasium eh. Jadi jangan pelik bila nanti melihat tubuh sasa ini bertambah sasa...hahaha (perasan).
Tapi lepas tu tiba-tiba je dah kena balik. Rasa kejap je kerja. Entah apa-apa...huhu. Balik pukul 4.30 sepanjang Ramadhan ni. Memang janggal lah! Sebab dulu selalu balik lewat...hehehe.
Oh! esok kena sambung membaca...hampeh la...hahaha. Bertabahlah diri! (^__^). Oh ya...ada satu perkara penting yang lupa nak kongsi. Buat makluman semua, saya staff termuda di department saya. Woohoo! \(^0^)/
p.s- Maaflah kepada pembaca blog ini kerana mengeluarkan entri sebegini rupa. Entri ini agak liar sedikit dan mengandungi kesalahan tatabahasa yang tidak kurang banyaknya. Jadi, ia tidak sesuai untuk dijadikan panduan ramai. Tapi apa boleh buat, saya masih lagi ketandusan idea untuk berpujangga. Tolong bersabar ya. Maaf sekali lagi dari saya yang khilaf ini. Sekian. <-- Bahagian ini okey. Boleh dijadikan panduan...haha ;p
Cintaku yang pertama hanya untuk Sang Khaliq...
...yang ku persembahkan dengan solat dan zikirku...
Cintaku yang kedua untuk Baginda Rasulullah...
...yang ku persembahkan dengan selawat dan pelaksanaan sunnahnya...
Cintaku yang ketiga untuk kedua ibubapa ku...
...yang menjaga dan menyayangiku sedari kecil hingga aku dewasa...
Cintaku yang keempat untuk saudara-saudara dekatku...
...yang selalu menemaniku dalam suka dan duka ku...
Cintaku yang kelima untuk para sahabatku...
...yang memberiku keceriaan dan kesenangan dalam gurau sendanya...
Cintaku yang keenam adalah cintaku yang terakhir...
...untuk pasanganku yang selalu menghangatkan luruhku...
...dan meresapkan keharumannya dalam kalbuku...
Cinta itu tak perlu dikejar atau dicari...
Jadi, berhentilah berusaha mencari cinta...
Tetapi jangan pernah berhenti berusaha untuk menjadi peribadi yang patut dicintai...
Kerana dengan begitu, cinta akan datang dengan sendirinya...insyaAllah :)
~ Mutiara Anak Ayah ~
Apa sebenarnya yang kau cari?
Apa ia cinta?
Apa ia bahagia?
Atau apa ia jaya?
Sepertinya ia tidak kau ketahui
Kerna kau mencari tapi tidak pernah kau temui
Pandanganmu malap kerna hatimu dikelabui
Hinggakan pada akhirnya hatimu mula meragui
Cinta?
Pentingkah ia?
Kerna dengannya yang kau mahukan hanya dia
Kerna pada akhirnya hatimu menjadi seakan buta
Bahagia?
Wajibkah ia?
Kerna tanpanya hidupmu bagaikan tiada makna
Kerna tanpanya hidupmu kan sengsara
Jaya?
Perlukah ia?
Kerna tanpanya kau merana
Kerna tanpanya kau bukanlah siapa-siapa
Tapi kini kau masih keliru
Tidak pasti apa yang dicari
Masih mencari dan tetap mencari
Tapi akankah kau temui?
~ Entah ~
Aku diam dalam gelap
Dengan mata yang kian berat
Tapi tidak ia mahu lelap
Kerana fikiran yang sudah sarat
Sepertinya fikiran ini menjeratku
Membuat aku buntu dan keliru
Ia terasa seperti mahu membunuhku
Setelah lama dia dan diriku berseteru
Aku cuba melepaskan diri dari terus dibelenggu
Mahu berfikiran positif untuk terus maju
Tapi kuatnya fikiranku menjadikan aku terganggu
Membuatkan aku semakin hilang hala tuju
Sudah banyak kali aku memuhasabah diri
Ingin memperbaiki keadaan yang kian memakan diri
Tapi sepertinya aku sudah terlalu jauh dari kawalan sendiri
Membuatkan diriku kian musnah angkara diri sendiri
Hanya padaMu ya Allah aku memohon
Untuk bantu aku menguasai diriku kembali
Kerana aku kini ibarat sebatang pohon
Tidak bergerak...tiada kemajuan...tiada nyali
Aku buntu dan hilang arah
Akan hidupku yang kian payah
Kerana diriku yang semakin lemah
Kerana hatiku yang selalu goyah
Apa yang ku cari dalam hidupku?
Apa yang ku perlu dalam hidupku?
Tiada ku temui dalam sebarang buku
Dan tiada ku temui sepanjang hidupku
Lalu hatiku memberat
Dibebani persoalan yang semakin sarat
Mahu berjuang, tapi terasa tidak larat
Diri seakan-akan semakin terjerat
Adakah sinar untukku di luar sana?
Biar menerangi kelamnya pandanganku
Adakah kekuatan untukku di luar sana?
Biar menemani lemahnya tekadku
Di mana harus ku cari bahagia?
Apa ia ada antara kita?
Di mana harus ku cari jaya?
Apa ia ada antara kita?
Semoga Allah berikan kepadaku kekuatan
Menentang rasa putus asa hasil hasutan syaitan
Kembali ke jalanNya yang pasti dipenuhi dengan keberkatan
Dan akhirnya akan ku perolehi kejayaan, yang kilauannya bak intan
Ku mencintaimu lebih dari apa pun...
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Tidak kira walau berapa kali pun aku memandangmu, rasa itu akan tetap ada. Rasa yang bersemi tanpa mengira musim. Gembira yang sentiasa bersemi di setiap kehadiranmu. Hatiku menari liar seiring dengan merdunya suaramu memanggilku. Sungguh aku tak peduli pada teriakan rasional akalku. Aku tak dapat menghilangkan rasa ini. Lalu apa yang harus aku lakukan? Aku terlalu mencintaimu untuk berhenti mencinta...
Lalu sampai bila aku akan terus berada di sini?. Terumbang-ambing di antara dua kutub. Berselimut dusta namun bergelumang cinta. Tapi apakah itu cinta? Ketika kau bukanlah milikku. Aku ternafikan seperti mana cinta ini. Tak bererti. Namun aku masih tak dapat melepasmu.
"Aku tak mampu."
"Apa?"
"Menjadi kekasih gelapmu."
"Aku tak dapat menjadikanmu nyata"
"Jadi, apakah cinta kita maya?"
Ku kenali dirinya saat hujan lebat membasahi keringnya Kuala Lumpur. Dingin, namun kehangatan auranya menyelimutiku. Senyumannya, begitu hangat. Dan sejak saat itu, dia adalah matahariku...dan aku, adalah bunga matahari. Bunga yang akan selamanya memandang ke arah matahari itu. Lalu, apakah matahari itu juga memandangku? Atau ia turut menyinari bunga-bunga lain selain aku? Kerana sejujurnya, aku telah jatuh cinta pada matahari itu.
"Aku mencintaimu, kau tahu?"
"Tentu aku tahu. Tapi apakah hanya cinta?"
"Kalau bukan cinta, apa lagi yang kau inginkan?"
"Dunia"
"Bagaimana dapat ku berikan dunia yang bukan milikku sendiri?"
"Jadi, berikanku duniamu."
Aku harap aku dapat memberikannya duniaku. Namun itu sesuatu yang tidak mungkin. Langkahku tidaklah sebebas angin. Aku juga bukanlah matahari, yang bersinar dan memberi cahaya kepada segenap kehidupan. Aku hanyalah pencuri. Yang licik mahu mencuri hatinya. Tapi sebelum itu, dia sudah terlebih dahulu mencuri hatiku.
Kutahu kutakkan slalu ada untukmu...
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku...
Setiap malam yang ku lalui denganmu bagaikan syurga bagiku. Hanya dalam gelapnya malam aku datang padamu. Sungguh, aku merasa seperti pungguk yang rindukan bulan. Bersembunyi, dan cuma memendam perasaan cintaku padamu dalam gelapnya malam. Tapi, bila lagi kita akan dapat bertemu jika tidak dalam kegelapan? Namun, percayalah... janjiku tak akan pudar seiring pagi yang menjelang. Aku tetap mencintaimu.
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku...
Yang kucari selama ini
Dalam hidupku...
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...
Kegelapan menggangguku. Tapi hati nuraniku lebih mengganggu.
"Aku tak sanggup lagi."
"Kuatlah untukku"
"Lalu, siapa yang akan menguatkanku?"
"Cintaku"
Aku ingin memilikimu.
Namun, aku tak mampu.
Aku ingin berhenti mencintaimu.
Tapi maaf, aku juga tak mampu.
Kau pergi. Tapi aku ingin mengejarmu. Sanggupkah aku? Adakah aku dapat memberikan duniaku kepadamu? Mampukah aku putuskan rantai yang selama ini mengikatku? Sungguh, aku tak sanggup kehilanganmu.
Biarkan aku pergi.
Jangan pergi.
Biarkan aku memilikimu.
“Apakah kau akan pergi?”
“Apakah kau tidak lagi mencintaiku?”
"Aku mencintaimu. Lebih dari apapun."
"Meskipun tiada satu pun orang yang tahu"
"Aku mencintaimu sedalam-dalamnya hatiku."
"Meskipun kau adalah kekasih gelapku"
~ diolah dari lagu Ungu: Kekasih gelap~
Hati ini tiada lagi gejolak rasa
Hati ini diam tanpa kata
Hati ini kelu seribu bicara
Hati ini keliru dan sengsara
Hati ini tidak tahu apa yang mahu dirasa
Hati ini tidak tahu apa yang dirasa
Hati ini tidak tahu apa itu cinta
Hati ini tidak mahu tahu apa itu cinta
Hati ini diam dari kata
Hati ini diam dari belenggu jiwa
Hati ini diam dari cinta
Hati ini diam dari dia
Hati ini kosong tiada rasa
Hati ini kosong tiada cinta
Hati ini kosong...biarkan sahaja
Hati ini kosong...dan aku redha...
~ Kosong ~
[To write, you must be feeling something. But, I really don't feel anything now. So its kinda hard for me to write things like I normally do...huhu]

Hati ini dibiarkan sendiri
Kau kini mementingkan diri
Kau lupakanku hari demi hari
Bagaimana mungkin aku bisa berdiri
Hati ini makin suram
Kerana ia kini dipenuhi rasa geram
Kerana ia kini menyumpah dengan kata-kata haram
Hingga akhirnya ia kini hanya mampu diam
Hati ini kian perih
Sakitnya membuatkan aku hanya mampu merintih
Bergantinya hari cuma membuatkan hati ini sedih
Tiada lagi hati yang dipenuhi rasa kasih
Hati ini telah mati
Kerana kau yang terlalu kerap menyakiti
Kerana kau yang tak pernah mahu mengerti
Diriku dilayan bagaikan tiada erti
Hati ini akhirnya sengaja kubiarkan mati
Menunggu masa dihidupkan kembali
Oleh rasa cinta Illahi yang Maha Mengerti
Untuk mengubah hati ini kembali ke fitrahnya yang azali...
~ K.A.A ~
Did you forget
That I was even alive
Did you forget
Everything we ever had
Did you forget
Did you forget
About me
Did you regret
Ever standing by my side
Did you forget
What we were feeling inside
Now I’m left
To forget
About us
But somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can’t forget it
So now I guess
This is where we have to stand
Did you regret
Ever holding my hand
Never again
Please don’t forget
Don’t forget
We had it all
We were just about to fall
Even more in love
Than we were before
I won’t forget
I won’t forget
About us
But somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can’t forget it
Somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can’t forget it
Yeah, Oooho
And at last
All the pictures have been burned
And all the past
Is just a lesson that we’ve learned
I wont forget it
I wont forget
Us
But somewhere we went wrong
Our love is like a song
But you wont sing along
You’ve forgotten
About
Us
Don’t Forget.
~ Demi Lovato~
