Bila hati bicara
Alam kelihatan indah
Terkadang kelihatan sengsara
Oh, betapa ku lemah...
Rebah, kaku tanpa suara
Bila hati bicara
Kata-kata diambil lewa
Hati yang jadi pengantara
Satukan dua jiwa
Menggapai cinta yang tiada tara
Bila hati bicara
Mahukah kau mendengarkannya?
Biar hatiku ini bersuara
Meluahkan isi-isinya...
Kerana telah lama kubiarkan ia membara
Bila hati bicara
Jiwa jadi meronta
Fikiran runsing tiada tara
Batin terseksa, kerana cinta
Akibat hebatnya sandiwara
Akhirnya hati terdiam seribu bahasa, tanpa kata
Apabila langit nan merah bertukar kelam...
Bulan dan bintang mula menyinari malam...
Tapi, awan hitam datang menutupi keindahan alam...
Keindahan hilang...kini yang tinggal hanyalah suram.
Antara ada dan tiada.
Dikala sinaran mentari menyinari hujan
Sang pelangi datang membawa keceriaan
Menyedarkan manusia akan indahnya ciptaan tuhan
Supaya bersyukur dan mula menadah tangan
Walau ia sebenarnya tak mampu bertahan
Kerana sifat manusia yang berubah-ubah, tak tahan akan godaan
Yang akhirnya hanya terpesona dengan keindahan
Lalu lupa mensyukuri nikmat tuhan
Antara ada dan tiada.
Sahabat sejati sentiasa di sisi, menemani hari
Tidak dilupa walaupun hilangnya sang mentari
Segala tingkah ikhlas, tak mengharapkan apa-apa dari yang diberi
Hati risau apabila sang sahabat hilang, pergi dan mula mendiamkan diri
Walau diri akhirnya hanya dibenci dan dibiarkan menyendiri
Tapi tetap redha asalkan sang sahabat tetap menjaga diri
Biarlah luka hati sendiri
Tapi sahabat haruslah tetap berseri
Oh, betapa besarnya pengorbanan diri
Walau terpaksa memalukan diri sendiri
Ego dibuang pergi, di hujung tanduk letaknya maruah sendiri
Yang diharapkan hanyalah sikap bersahabat yang dapat berkomunikasi dengan diri
Bukan dilupakan, diendahkan dan dibiarkan sendiri
Bukan juga memupuk salah faham yang hanya memakan diri
Tapi keikhlasan itu yang sebenarnya dicari-cari
Semoga sang sahabat dapat menyedari
Antara ada dan tiada
Musim-musim bersilih ganti
Ada yang dinanti
Ada yang dianti
Begitu juga dengan hati
Tak mampu kekal menanti
Mula mencari pengganti
Atau hati itu mati
Dan kesengsaraan menjadi sebati
Biarpun cinta itu mungkin cinta sejati
Tetapi tiada maknanya jika yang bergema hanya satu hati
Mungkin cinta ini harus dibawa ke mati
Kerana ia tak bermakna harus dimiliki, cukuplah sekadar dalam hati
Sesungguhnya hanya cinta Allah yang kekal sejati.
Antara ada dan tiada.
Ia...
MAYA.
Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi gula,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...
(terjemahan daripada karya nukilan Rūmī)
Ya.
Cinta sejati membawa kita ke arah perubahan.
Ke arah kesempurnaan.
Cinta yang bukan berlandaskan nafsu.
Juga bukan berlandaskan emosi semata.
Cinta sejati itu datang dari Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Justeru itu, pastinya akan terasa sukar bagi kita untuk mendefinisikan sebab-sebab mengapa kita berperasaan sebegitu. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Di saat cinta sebegini hadir, akan terbitlah keinginan dan daya usaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Menjadi seseorang yang menawan dari sudut pandangan si kekasih, juga mulia melalui pandangan Allah S.W.T.
Berubah demi cinta. Mungkinkah cinta sebegini hidayah dari Allah?
Hati terasa meronta mengharapkan cinta insani juga mengharapkan keredhaan Illahi.
Akal terasa cerdas merancang, jasmani pula menjadi cergas berjuang.
Tapi mampukah si pasangan melihat perubahan ini? Mungkin ya. Mungkin juga tidak.
Apa yang penting adalah keikhlasan kita untuk berubah. Sekalipun cinta itu yang sebenarnya mendorong kita untuk berubah, namun jangan pula kita berhenti pabila melihat pasangan kita tidak menghargainya. Biar ikhlas. Semoga Allah memberikan balasan.
Cinta sejati itu hidayah. Perkahwinan itu ibadah.
Jadi, jelas sekali keduanya akan mendapat tentangan syaitan.
Tentangan yang tidak pernah kenal erti lelah.
Cuba mengelirukan akal fikiran. Cuba menggusarkan hati nurani.
Semoga Allah melindungi kita dari tentangan ini. Ameen.
Di saat akal fikiran yang keliru,
Di saat hati di ambang putus asa,
Janganlah kita buat keputusan terburu-buru,
Mohonlah pertolongan dari Allah yang Maha Esa.
Untuk si pasangan, lihatlah sang kekasih dengan mata hati.
Carilah sinar cahaya yang kian terbit dihati.
Jangan dilihat dari sudut materi.
Jangan hanya diukur dengan kedudukan duniawi.
Semoga Allah akan sentiasa memberkati.
Dan cinta sejati kan benar-benar bertakhta di hati.
Demi mengharapkan keredhaan Illahi.
Yang akhirnya kan membawa kebahagiaan yang hakiki.
~ Sesungguhnya yang sempurna itu hanya Allah S.W.T.~
Namun, marilah kita sama-sama berjuang menuju ke arah kesempurnaan.
Semoga kita akan menjadi seseorang yang lebih baik. Insya-Allah.
This is a story of a lost captain.
Once a great man, he conquers the ocean.
His charisma is so strong that his men numbered in thousands.
His wealth are so enormous that its countless as the sands.
Leading men in thousands strength, his enemies run hiding to the mountains.
But one day...
He finds that the ocean doesn't matter anymore.
He finds that the his men doesn't matter anymore
He finds that his golds, his jewels and all his wealth doesn't matter anymore.
He finds that the threat from his enemies not even matter anymore.
Because he is lost...
His objectives in life looks blurry.
His satisfaction in his life seems sorry.
His level of esteem is well...scary.
It is just right for him to worry.
Well...to tell you the truth,
His future is waning.
His present has no meaning.
While his past is haunting.
Thus, he is searching...
For the things that completes himself.
For the joy of life that energize his self.
For the treasure of the world that revitalize one self.
Finally, all of his search ends...
For him to find that its actually all about God, family, love, life and well...you.
And those are the things that matter.
Truly.
In the end, I am not me...but eternally thee.
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta...
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar...
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama...
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan...
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya...
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan...
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku berdusta...
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin...
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat...
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku...
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya...
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta...
~ Melly Goeslaw ~
Sekalipun cinta telah ku uraikan...
...dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri...
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah...cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...
Kata-kata pecah berkeping-keping...begitu sampai kepada cinta...
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya...
Bagaikan keldai berbaring dalam lumpur...
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...
~ Rūmī ~
Dah lama rasanya tak menanam azam untuk tahun baru. Akibatnya, 2009 macam tiada pencapaian yang boleh dibanggakan. Jadi, tahun ini mahu tanamkan azam. Semoga 2010 penuh dengan pencapaian dan perubahan yang positif.
Azam:-
1. Mahu keluar dari kumpulan 'I don't sleep enough because I stay up for no reason' dengan mula tidur lebih awal. Maybe at 12 or earlier. *Macam cinderella man...haha*
2. Mahu jogging regularly every weekend. Badan yang sihat akan hasilkan minda yang cerdas. Bukankah begitu? :)
3. Mahu belajar dengan lebih gigih. No more last minute study. Want to finish up fast because I think I've wasted so many time.
4. Mahu jalani hidup dengan lebih teratur dan berdisiplin. Don't wanna spoil myself anymore.
5. Mahu ubah pemikiran yang negatif kepada positif. Barulah akan sentiasa rasa gembira dalam hidup.
6. Mahu rediscover the joy of working. Mahu bekerja dengan lebih tekun juga. In a new place? Maybe. ;)
7. Mahu travel ke lebih banyak tempat jika ada rezeki. InsyaAllah.
8. Mahu menjadi lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan. Mungkin kena suruh mak tolong simpankan semua gaji. Hahaha ;p
9. Mahu perbaiki diri yang serba kekurangan ini. Mungkin kena pergi kem motivasi atau baca buku-buku berkaitan 'Personal Development'. Atau ada sesiapa mahu bantu beri khidmat kaunseling kepada saya? hehe.
10. Mahu mencari catalyst yang mungkin mampu merubah hidup menjadi lebih baik. InsyaAllah. Tapi bagaimana? huhu
Harap-harap akan ada perubahan yang positif dalam tahun 2010 ini. Berusaha! (^_^)v
Isfahan Itu Aku (IX)
" Esok awak free?" tanya Isfahan.
Akhirnya pertanyaan itu berjaya juga diungkapkannya.
Sejujurnya dia sudah penat menjadi seorang yang pasif. Dia betul-betul mahu berubah menjadi seseorang yang lebih berani, juga penuh inisiatif. Bukan lagi seorang yang hanya menunggu dan menunggu tanpa jemu. Itu bodoh. Fikirnya.
" Hmm...free juga. Kenapa, ya? " jawab Insyirah.
" Kalau awak free, saya mahu ajak awak keluar esok. Ada sesuatu. " ujar Isfahan.
" Sesuatu? Apa tu?"
" Eh, ada lah...mana boleh beritahu sekarang...tak thrill nanti." jawab Isfahan sambil diiringi ketawa kecil.
" Oh...macam itu ya...tak mengapa...tapi kalau tak thrill nanti jaga-jaga lah ya" kini tawa mengiringi kata-kata Insyirah pula.
" Ok...see you tomorrow then. Assalamualaikum." ucap Isfahan sebelum talian dimatikan. Senyum.
Keesokan harinya, mereka bertemu di sebuah pusat membeli-belah. Insyirah kelihatan sungguh manis bertudung sehingga membuatkan Isfahan jatuh cinta entah untuk yang keberapa kalinya terhadap Insyirah.
Memang sangat manis.
Sejuk mata memandang. Sejuk lagi hati yang merasakan.
Pertemuan itu dimulakan dengan makan tengah hari bersama sebelum mereka menonton wayang. Cerita yang ditonton pastinya cerita komedi. Sebabnya cuma satu. Isfahan gembira mendengar tawa Insyirah. Gembira melihat terukirnya senyuman di wajah Insyirah. Gembira apabila merasakan keriangan di hati Insyirah. Ya, yang terpenting baginya bukan dirinya...tapi Insyirah. Hanya Insyirah.
Namun, walaupun mereka sudah beberapa kali keluar bersama dan keakraban mereka jelas terserlah, mereka bukanlah pasangan kekasih.
Mereka bagaikan pasangan yang tidak 'bertanda'. Tiada istilah teman lelaki, juga tiada istilah teman wanita dalam hubungan mereka.
Dan oleh sebab itu, Isfahan kian keliru. Kini dia dibelenggu dilema disebabkan ketidakpastian ini. Benarlah pendapat yang mengatakan bahawa yang terpenting bagi lelaki dalam perhubungan ialah kepastian. Betapa dia perlukan kepastian itu kini.
Tapi bagaimana jika Insyirah hanya mahu menjadi sahabatnya? Pasti dia akan terkejut apabila mendapat tahu isi hatinya. Barangkali dia akan berubah sikap. Betapa Isfahan berada dalam kerunsingan.
Malam itu, mereka duduk untuk makan malam bersama sebelum pulang.
" Mana thrillnya, Isfahan? " tanya Insyirah sambil tersenyum.
" Oh, kenapa rasa macam makan cili je ni. Pedas!." jawab Isfahan sambil ketawa.
" Hmmm...baiklah...tapi saya harap awak tak terkejut, ya. "
" Mestilah. Kenapa pula mahu terkejut. " jawabnya sambil tersenyum.
Isfahan menguatkan kembali tekadnya. Dia benar-benar inginkan kepastian itu. Dia sanggup mengambil risiko.
" Insyirah...sebenarnya saya sangat-sangat sukakan awak."
" Saya pun sukakan awak." Insyirah mencelah sambil diiringi senyuman.
" Bukan begitu...maksud saya, saya sukakan awak seperti pasangan kekasih. Saya mahu menjadi seseorang yang istimewa di hati awak. Sepertimana awak yang sejujurnya sangat istimewa di hati saya."
" I don't want anyone but you. "
" I love you, Insyirah. "
Akhirnya, kata-kata yang ibarat sebuah sumpahan itu berjaya diungkapkannya. Dia berasa lega.
Insyirah tergamam.
Raut wajahnya berubah. Reaksinya yang kelihatan agak dingin menambahkan lagi kerisauan di hati Isfahan.
Dia senyap seribu bahasa. Tiada jawapan yang keluar dari bibir mungil yang sebentar tadi petah berkata-kata itu.
Isfahan jadi serba salah.
Tapi dia seperti tiada pilihan lain lagi. Dia betul-betul harus selesaikan kekeliruan ini.
Kalau berjaya, cintanya ditemu.
Kalau gagal, duka pasti akan bertamu.
Itulah risikonya.
Tapi walau apa jawapan Insyirah, dia harus menerimanya. Dia harus redha.
" I always thought that we're just a best friend." Insyirah akhirnya bersuara.
" Awak tahu, saya ada banyak kelemahan. Pasti awak akan ubah fikiran jika awak ketahuinya." ujarnya lagi.
" But I already accepted it. " balas Isfahan.
" Tak. Awak tak tahu tentang saya. Kenapa awak mesti bangkitkan hal ini? Ada banyak lagi perempuan yang baik di luar sana...mengapa mesti saya?" jawab Insyirah lagi.
Isfahan terkedu.
" Because I love us...and not anyone else. " jawap Isfahan lagi. Dia benar-benar serius.
Insyirah terdiam.
Dia tidak lagi mahu berkata-kata. Barangkali pengakuan Isfahan begitu sukar untuk dicerna oleh hati dan juga fikirannya. Barangkali.
Sesudah itu, Isfahan menghantar Insyirah pulang. Insyirah melangkah sepi menuju ke rumahnya. Tiada lagi ucapan Selamat Malam. Tiada lagi senyuman. Yang ada hanyalah hempasan pintu kereta dan bunyi langkah yang agak pantas. Betapa kini Insyirah kelihatan seperti benar-benar bencikannya.
Isfahan menghembuskan keluhan.
Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sudah berusaha. Yang selebihnya dia hanya mampu bertawakal. Semoga Allah membantunya. Ameen.
"Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada"
Bait-bait kata nyanyian Once itu benar-benar menimbulkan kesyahduan dihatinya. Sememangnya itulah apa yang sedang dirasakan dirinya. Dia rela berbuat apa saja asalkan Insyirah mendampinginya. Betapa dia cintakan perempuan itu. Tidak orang lain.
Tapi cinta itu seharusnya alami. Tidak boleh dipaksa. Dia faham itu.
Akankah hati Insyirah akan terbuka kepadanya?
Akankah hubungan mereka berkekalan?
Akankah cinta mereka menyatu?
Tidak satu pun dari pertanyaan itu mampu dijawab Isfahan.
Dia harus memberikan masa kepada Insyirah.
Biar masa yang menentukan. Dan biar Allah yang membantunya mendapatkan jawapan.
"Dengan izin Allah, cinta itu pasti akan menjadi milikku." Tekad Isfahan.
Entah apa gunanya perbandingan
Jika hanya membawa kemurungan
Entah apa gunanya perbandingan
Jika dipandangan cuma kelihatan bayangan
Hati hanya akan terbit rasa cemburu
Kerana perasaan terburu-buru
Kerana fikiran yang kian keliru
Hasil hasutan syaitan yang sepatutnya menjadi seteru
Tenanglah wahai hatiku yang membiru
Tenanglah wahai fikiranku yang keliru
Tenanglah wahai jiwaku yang bercelaru
Tenanglah wahai akalku yang kini menjadi seteru
Hati kini tanpa rasa
Bicara tanpa kata
Jiwa tiada rasa gelora
Fikiran tiada rasionalnya
Ya Allah...bantulah aku, hambaMu
Kurniakanlah hidayahMu kepada ku
Berkatilah hidupku dengan ketenangan dariMu
Semoga akal dan fikiranku kembali menyatu...dan kejayaan kan jadi milikku~
Ameen~
Jika hati ingin berbicara...
Maka dia akan berkata :
'Di mana akan kutemukan rasa yang telah sirna?'
'Di mana akan kutemukan bahagia yang ku damba?'
'Adakah mimpi-mimpiku bisa menjadi nyata?'
'Adakah dia hanya akan muncul seketika cuma?'
Mudah-mudahan Allah S.W.T mendengarkan rintihannya...
Kerana hanya kepada-Nya hati ini berdoa...

Like a car without fuel
Won't budge, as its against the mechanical rule
Like a body without fat
Won't move, as few calories been made
Like an ambition without a drive
Won't be achieved, as no heart to strive
Oh spirit...
Oh energy...
Make me have the wit
To return to what I should be
My anxiety...
My determination...
Turn me to the real me
And resolve my heart in reaching my ambition!
Kata itu tak terucap...
Walau pun aku mengharap..
Kata itu tak terucap...
Walau pun cuba ku garap...
Bagai malam tanpa rembulan...
Gelap.
Bagai siang tanpa mentari...
Dingin.
Apakah kata itu sumpahan buatku?
Atau adakah jawapan itu diharamkan kepadaku?
Antara mengucapkan...
Atau mendengarkan...
Kata itu takkan pernah terlepaskan
Kerana ia satu sumpahan...
