Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Hari ini aku telah menukarkan daun baru (turn over a new leaf) dengan memulakan kerja di tempat yang baru. Oh ya...pakai baju baru juga...haha ;p

Pertama kali tukar kerja ni memang akan rasa sangat pelik. Yela, darah gemuruh la katakan. Maklumlah...orangnya muda, darah pun muda. Masih manis gitu. (macam tak ada kaitan)

Hari pertama mahu bekerja di tempat baru, bangun dari tidur terus sakit kepala. Memang kacau daun betul. Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar demi bangsa dan negara, digagahi juga tubuh sasa ini untuk berjuang ke arah pembangunan ekonomi negara.

Sampai sahaja di pejabat, masih ramai yang belum tiba. Jadi masa menunggu diisi dengan membaca suratkhabar ekonomi dan bisnes yang memang aku kurang gemari. So serious lah. Tak suka! :p

Kemudian selepas mendapat penerangan dari HR, aku dihantar ke department (maaf, saya tak tahu terjemahan department ke dalam bahasa Melayu...huhu) yang telah ditetapkan. Yang tinggal di department aku sekarang hanyalah pihak-pihak atasan, setiausaha bos, dan seorang senior yang sudah mahu berhenti kerja. Yang lainnya dah pergi outstation (maaf, tak tahu terjemahannya juga...haha) ke Gua Musang, Kelantan untuk dua minggu. Ruginya sebab tertinggal! Sedih! Tapi hidup tetap perlu kita teruskan. Lepas tu aku diperkenalkan kepada semua staff di tingkat yang sama. Malu lah...hihi.

Jadi hari ini seharian aku membaca manual, guidelines, working papers, reports (ok, sekarang malas mahu terjemahkan dah...hehe) dan lain-lain. Memang tekanan betul! Tapi apa nak buat, memang dah tak ada kerja yang mahu dibuat...terpaksalah. Sebab kita mula-mula ni memang kena tunjuk rajin kan...haha. Tapi dua minggu aku kena membaca semua tu je ke? Hmm...tak apalah...mungkin ada hikmahnya ni. Setiap sesuatu yang ditentukan Allah kan ada sebabnya...jadi bertabahlah ye <-- memotivasikan diri sendiri :p

Hari ni juga dapat tahu yang syarikat ni memang best! (tak mahu terjemahkan sebab perkataan ni lebih cool). Hari pertama datang dah dapat macam-macam. Dapat dua balang kurma, seikat kad raya, dan komputer riba. Dan akan dapat gula 4 kilo juga beras bernilai RM35 setiap bulan. Untung gila...hahahaha. Belum lagi elaun-elaun yang beraneka jenis. Memang terbaik lah. Haha.

Surau dia pun masih baru dan sangat besar. Macam lagi besar dari surau dekat rumah aku. Huhu. Dan staff area dia memang best! Ada studio untuk jamming, perpustakaan, meja kolam renang (meja pool), ping pong, darts, gymnasium dan bermacam-macam lagi lah. Hmmm...gymnasium eh. Jadi jangan pelik bila nanti melihat tubuh sasa ini bertambah sasa...hahaha (perasan).

Tapi lepas tu tiba-tiba je dah kena balik. Rasa kejap je kerja. Entah apa-apa...huhu. Balik pukul 4.30 sepanjang Ramadhan ni. Memang janggal lah! Sebab dulu selalu balik lewat...hehehe.

Oh! esok kena sambung membaca...hampeh la...hahaha. Bertabahlah diri! (^__^). Oh ya...ada satu perkara penting yang lupa nak kongsi. Buat makluman semua, saya staff termuda di department saya. Woohoo! \(^0^)/

p.s- Maaflah kepada pembaca blog ini kerana mengeluarkan entri sebegini rupa. Entri ini agak liar sedikit dan mengandungi kesalahan tatabahasa yang tidak kurang banyaknya. Jadi, ia tidak sesuai untuk dijadikan panduan ramai. Tapi apa boleh buat, saya masih lagi ketandusan idea untuk berpujangga. Tolong bersabar ya. Maaf sekali lagi dari saya yang khilaf ini. Sekian. <-- Bahagian ini okey. Boleh dijadikan panduan...haha ;p

6 pendapat menarik:

woahhhhhhh..dpt gula n beras...gas, minyak masak,sebuk kunyit.??? dpt x?

kunyit2 takde...tp subsidi untuk minyak ada...hehe

ada keje kosong lg x? nk jugak. waaaa..... bestnya. moga-moga ko lebih cemerlang bekerja ye... =)

position utk ko mmg konfem xde..haha..thanks beb =)

Selamat maju jaya, K.A.A.! (^_^)

Terima kasih, cikpuan Husna! (^__^)v

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates