Aku buntu dan hilang arah
Akan hidupku yang kian payah
Kerana diriku yang semakin lemah
Kerana hatiku yang selalu goyah
Apa yang ku cari dalam hidupku?
Apa yang ku perlu dalam hidupku?
Tiada ku temui dalam sebarang buku
Dan tiada ku temui sepanjang hidupku
Lalu hatiku memberat
Dibebani persoalan yang semakin sarat
Mahu berjuang, tapi terasa tidak larat
Diri seakan-akan semakin terjerat
Adakah sinar untukku di luar sana?
Biar menerangi kelamnya pandanganku
Adakah kekuatan untukku di luar sana?
Biar menemani lemahnya tekadku
Di mana harus ku cari bahagia?
Apa ia ada antara kita?
Di mana harus ku cari jaya?
Apa ia ada antara kita?
Semoga Allah berikan kepadaku kekuatan
Menentang rasa putus asa hasil hasutan syaitan
Kembali ke jalanNya yang pasti dipenuhi dengan keberkatan
Dan akhirnya akan ku perolehi kejayaan, yang kilauannya bak intan
Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur 2023 - sebuah catatan
-
Ini bukan sebuah pesta yang saya sudah bersedia sepenuhnya. Ada debar yang
mengeram dalam hati, dan pada ketika pesta bermula, ia menetas menjadi
debar ...
10 months ago
0 pendapat menarik:
Post a Comment