Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Isfahan Itu Aku (IX)

" Esok awak free?" tanya Isfahan.

Akhirnya pertanyaan itu berjaya juga diungkapkannya.

Sejujurnya dia sudah penat menjadi seorang yang pasif. Dia betul-betul mahu berubah menjadi seseorang yang lebih berani, juga penuh inisiatif. Bukan lagi seorang yang hanya menunggu dan menunggu tanpa jemu. Itu bodoh. Fikirnya.

" Hmm...free juga. Kenapa, ya? " jawab Insyirah.

" Kalau awak free, saya mahu ajak awak keluar esok. Ada sesuatu. " ujar Isfahan.

" Sesuatu? Apa tu?"

" Eh, ada lah...mana boleh beritahu sekarang...tak thrill nanti." jawab Isfahan sambil diiringi ketawa kecil.

" Oh...macam itu ya...tak mengapa...tapi kalau tak thrill nanti jaga-jaga lah ya" kini tawa mengiringi kata-kata Insyirah pula.

" Ok...see you tomorrow then. Assalamualaikum." ucap Isfahan sebelum talian dimatikan. Senyum.

Keesokan harinya, mereka bertemu di sebuah pusat membeli-belah. Insyirah kelihatan sungguh manis bertudung sehingga membuatkan Isfahan jatuh cinta entah untuk yang keberapa kalinya terhadap Insyirah.

Memang sangat manis.

Sejuk mata memandang. Sejuk lagi hati yang merasakan.

Pertemuan itu dimulakan dengan makan tengah hari bersama sebelum mereka menonton wayang. Cerita yang ditonton pastinya cerita komedi. Sebabnya cuma satu. Isfahan gembira mendengar tawa Insyirah. Gembira melihat terukirnya senyuman di wajah Insyirah. Gembira apabila merasakan keriangan di hati Insyirah. Ya, yang terpenting baginya bukan dirinya...tapi Insyirah. Hanya Insyirah.

Namun, walaupun mereka sudah beberapa kali keluar bersama dan keakraban mereka jelas terserlah, mereka bukanlah pasangan kekasih.

Mereka bagaikan pasangan yang tidak 'bertanda'. Tiada istilah teman lelaki, juga tiada istilah teman wanita dalam hubungan mereka.

Dan oleh sebab itu, Isfahan kian keliru. Kini dia dibelenggu dilema disebabkan ketidakpastian ini. Benarlah pendapat yang mengatakan bahawa yang terpenting bagi lelaki dalam perhubungan ialah kepastian. Betapa dia perlukan kepastian itu kini.

Tapi bagaimana jika Insyirah hanya mahu menjadi sahabatnya? Pasti dia akan terkejut apabila mendapat tahu isi hatinya. Barangkali dia akan berubah sikap. Betapa Isfahan berada dalam kerunsingan.

Malam itu, mereka duduk untuk makan malam bersama sebelum pulang.

" Mana thrillnya, Isfahan? " tanya Insyirah sambil tersenyum.

" Oh, kenapa rasa macam makan cili je ni. Pedas!." jawab Isfahan sambil ketawa.

" Hmmm...baiklah...tapi saya harap awak tak terkejut, ya. "

" Mestilah. Kenapa pula mahu terkejut. " jawabnya sambil tersenyum.

Isfahan menguatkan kembali tekadnya. Dia benar-benar inginkan kepastian itu. Dia sanggup mengambil risiko.

" Insyirah...sebenarnya saya sangat-sangat sukakan awak."

" Saya pun sukakan awak." Insyirah mencelah sambil diiringi senyuman.

" Bukan begitu...maksud saya, saya sukakan awak seperti pasangan kekasih. Saya mahu menjadi seseorang yang istimewa di hati awak. Sepertimana awak yang sejujurnya sangat istimewa di hati saya."

" I don't want anyone but you. "

" I love you, Insyirah. "

Akhirnya, kata-kata yang ibarat sebuah sumpahan itu berjaya diungkapkannya. Dia berasa lega.

Insyirah tergamam.

Raut wajahnya berubah. Reaksinya yang kelihatan agak dingin menambahkan lagi kerisauan di hati Isfahan.

Dia senyap seribu bahasa. Tiada jawapan yang keluar dari bibir mungil yang sebentar tadi petah berkata-kata itu.

Isfahan jadi serba salah.
Tapi dia seperti tiada pilihan lain lagi. Dia betul-betul harus selesaikan kekeliruan ini.

Kalau berjaya, cintanya ditemu.
Kalau gagal, duka pasti akan bertamu.

Itulah risikonya.
Tapi walau apa jawapan Insyirah, dia harus menerimanya. Dia harus redha.

" I always thought that we're just a best friend." Insyirah akhirnya bersuara.

" Awak tahu, saya ada banyak kelemahan. Pasti awak akan ubah fikiran jika awak ketahuinya." ujarnya lagi.

" But I already accepted it. " balas Isfahan.

" Tak. Awak tak tahu tentang saya. Kenapa awak mesti bangkitkan hal ini? Ada banyak lagi perempuan yang baik di luar sana...mengapa mesti saya?" jawab Insyirah lagi.

Isfahan terkedu.

" Because I love us...and not anyone else. " jawap Isfahan lagi. Dia benar-benar serius.

Insyirah terdiam.

Dia tidak lagi mahu berkata-kata. Barangkali pengakuan Isfahan begitu sukar untuk dicerna oleh hati dan juga fikirannya. Barangkali.

Sesudah itu, Isfahan menghantar Insyirah pulang. Insyirah melangkah sepi menuju ke rumahnya. Tiada lagi ucapan Selamat Malam. Tiada lagi senyuman. Yang ada hanyalah hempasan pintu kereta dan bunyi langkah yang agak pantas. Betapa kini Insyirah kelihatan seperti benar-benar bencikannya.

Isfahan menghembuskan keluhan.

Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sudah berusaha. Yang selebihnya dia hanya mampu bertawakal. Semoga Allah membantunya. Ameen.

"Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada"

Bait-bait kata nyanyian Once itu benar-benar menimbulkan kesyahduan dihatinya. Sememangnya itulah apa yang sedang dirasakan dirinya. Dia rela berbuat apa saja asalkan Insyirah mendampinginya. Betapa dia cintakan perempuan itu. Tidak orang lain.

Tapi cinta itu seharusnya alami. Tidak boleh dipaksa. Dia faham itu.

Akankah hati Insyirah akan terbuka kepadanya?
Akankah hubungan mereka berkekalan?
Akankah cinta mereka menyatu?

Tidak satu pun dari pertanyaan itu mampu dijawab Isfahan.

Dia harus memberikan masa kepada Insyirah.

Biar masa yang menentukan. Dan biar Allah yang membantunya mendapatkan jawapan.

"Dengan izin Allah, cinta itu pasti akan menjadi milikku." Tekad Isfahan.

Entah apa gunanya perbandingan
Jika hanya membawa kemurungan
Entah apa gunanya perbandingan
Jika dipandangan cuma kelihatan bayangan

Hati hanya akan terbit rasa cemburu
Kerana perasaan terburu-buru
Kerana fikiran yang kian keliru
Hasil hasutan syaitan yang sepatutnya menjadi seteru

Tenanglah wahai hatiku yang membiru
Tenanglah wahai fikiranku yang keliru
Tenanglah wahai jiwaku yang bercelaru
Tenanglah wahai akalku yang kini menjadi seteru

Hati kini tanpa rasa
Bicara tanpa kata
Jiwa tiada rasa gelora
Fikiran tiada rasionalnya

Ya Allah...bantulah aku, hambaMu
Kurniakanlah hidayahMu kepada ku
Berkatilah hidupku dengan ketenangan dariMu
Semoga akal dan fikiranku kembali menyatu...dan kejayaan kan jadi milikku~

Ameen~

Jika hati ingin berbicara...

Maka dia akan berkata :


'Di mana akan kutemukan rasa yang telah sirna?'

'Di mana akan kutemukan bahagia yang ku damba?'


'Adakah mimpi-mimpiku bisa menjadi nyata?'

'Adakah dia hanya akan muncul seketika cuma?'


Mudah-mudahan Allah S.W.T mendengarkan rintihannya...
Kerana hanya kepada-Nya hati ini berdoa...


Like a car without fuel
Won't budge, as its against the mechanical rule

Like a body without fat
Won't move, as few calories been made

Like an ambition without a drive
Won't be achieved, as no heart to strive

Oh spirit...
Oh energy...
Make me have the wit
To return to what I should be

My anxiety...
My determination...
Turn me to the real me
And resolve my heart in reaching my ambition!

Kata itu tak terucap...
Walau pun aku mengharap..
Kata itu tak terucap...
Walau pun cuba ku garap...

Bagai malam tanpa rembulan...
Gelap.
Bagai siang tanpa mentari...
Dingin.

Apakah kata itu sumpahan buatku?
Atau adakah jawapan itu diharamkan kepadaku?

Antara mengucapkan...
Atau mendengarkan...
Kata itu takkan pernah terlepaskan
Kerana ia satu sumpahan...



Isfahan Itu Aku (VIII)

Bagai hujan yang setia pada mendungnya awan.
Bagai rembulan yang setia menemani gelapnya malam.
Begitulah juga setianya rindu yang menemani sepinya hati Isfahan.

Ya. Rindu.

Kepada siapa?

Tentunya terhadap si dia.

Sejujurnya Isfahan kesal. Kesibukan kerja telah membawanya menjauh dari Insyirah.
Betapa dia bencikan kenyataan itu. Tapi, hatinya terasa seakan mendekat.
Mungkin gelora rindu yang tanpa henti bergejolak ini penyebabnya. Mungkin.

" Argh...teruknya aku." keluh Isfahan memikirkan perjuangan dirinya untuk merebut cinta Insyirah.

" Macam mana cinta nak bersemi kalau begini." dia mula mengomel sendirian. Tersenyum.

Seingatnya, terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk sampai ke tahap ini. Untuk memenangi hati Insyirah. Tapi, perjuangan ini pastinya belum selesai. Tidak selagi akad masih belum terucap. Perjuangan cinta ini masih perlu diteruskan. Wajib.

" Eh, macam mana kau dengan Insyirah? Semua okay?" soal Sarah.

" Kau ni memang bagus la." jawab Isfahan.

" Kenapa pula?". Pelik.

" Agen cinta yang prihatin. Sungguh berdedikasi." jawab Isfahan sambil ketawa.

" Cis...perli pula." balas Sarah yang juga ketawa.

" Em. Kami okay je. Aku agak slow kebelakangan ni. Penat kerja. Tapi tak bermakna aku lupakan dia. Selalu fikirkan dia. Tapi itulah..." kata-katanya terhenti di situ.

" Tapi apa?" desak Sarah.

" Hmm..bila dah rapat begini, sebenarnya aku jadi takut. Aku takut kalau-kalau aku lukakan dia. Aku tidak mahu itu. Walaupun aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk dirinya, but who knows what might happen." jelas Isfahan.

" Baguslah kalau kau berfikiran begitu. Tapi jangan jadikannya penghalang. Ambil itu sebagai peringatan. Peringatan supaya kau melayan wanita dengan lebih baik. Take a risk, bro." Sarah membalas.

Isfahan jadi termenung jauh. Entah mengapa perasaan sedemikian wujud di hatinya. Sememangnya dia hanya mahukan senyuman terlukis di wajah Insyirah. Tapi bagaimana jika yang terhasil cuma tangis? Dia mula berfikiran negatif.

" Kau ni terlalu banyak fikirlah. Just grab and go. Tak perlu fikir banyak." ujar Sarah lagi.

" Entahlah. Aku tak reti. Hati dan perasaan ni bukan benda main-main. Aku tak mahu kesudahan yang akhirnya cuma melukakan hati orang lain."

" Aku tak mahu gagal bercinta."

Di mindanya kini berlegar-legar sesuatu. Isfahan bertekad.
Dia mahu merungkai kekeliruan yang kerap bermain di mindanya.
Dia mahu kepastian.
Kepastian yang menjadi kunci untuk hatinya.

Untuk cintanya~

I shouldn't have done that
I should have just ignored it
Like something I couldn't see
Like something I can't see
I shouldn't have looked at you at all...

I should have ran away
I should have acted like I didn't hear it
Like something I couldn't hear
Like something I can't hear
I should have not listened to love at all...

Without a word you let me know about love
Without a word you gave me your love...
Because you let me took your breath away...
But then you ran away like this...

Without a word love leaves me
Without a word love abandons me...

What should I say next?
Because my lips were surprised on their own
Coming without any words~

Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
For the fact that I can't see you anymore
And that you're not here anymore
Otherwise it is the same as before...

Without a word the tears fall
Without a word my heart breaks down

Without a word I wait for love
Without a word I am hurt because of love
I spaced out and become a fool...
Because I am crying while staring at the skies...

Without a word farewell finds me
Without a word the ends come to me
I think my heart was surprised...
To send you away without any preparation...

As it came without a word~

Without a word it come and leaves
Like the sickness before...
Maybe all I need to do is hurting it for a while.

Because in the end, only scars are left~

Sepi dan rindu.

Menunggu waktu untuk bertemu.

Sabar dan ikhlas menanti datangnya waktu.

Dalam setiap desah nafasku.

Yang terkadang melambat tak menentu.

Kerana hanya ada dirimu dibenakku.

Tapi ku tak pernah ingin ia untuk berlalu.

Biar setia dalam dakapan sang Penentu.

Semoga kita bertemu.

Dan bersatu dalam ikatan padu.

Bersemadi di alam waktu.

Selamanya, hanya kau dan aku...

Aku telah lelah mengikuti
semua langkah kakimu

Dan mengharap bisa memilikimu

Berbagai cara telah aku lakukan
untuk hidupmu

Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Berbagai cara telah aku lakukan
untuk hidupmu

Hingga aku mengorbankan hidupku

Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betapa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada...


- Buka Hatimu by Armada

Andai hari itu tidak hadir...
Adakah hari akan bergulir?

Andai kata itu tidak terucap...
Masihkah ku kan meratap?

Andai rasa ini tidak wujud...
Apakah hatiku kan sujud?

Andai gembira ini tidak lenyap...
Masihkah aku kan senyap?

Andai derita itu hilang...
Akankah hidupku gemilang?

Andai aku bukan diriku...
Adakah kau kan bersamaku?

Andai takdirku tidak cerah...
Tidak akan sesekali ku menyerah...
Kan ku usaha walau menitiskan darah...
Dan hanya kepadaNya ku berserah...

Terkadang sukar untuk kita buat keputusan.


Perkara yang sepertinya mudah,

mungkin juga adalah yang paling sukar untuk kita putuskan.


Selalu akan teragak-agak...

...dan akhirnya, diri terumbang-ambing dalam dilema


Kenapa ia sukar?

Sebab kita yang menyukarkannya.


Dengan fikiran kita.

Dengan persoalan kita.

Dan dengan keraguan kita.


Jadi, bagus jika kita lebih spontan...

bagus jika kita lebih terbuka...

dan bagus jika kita lebih rasional.



Bagi saya, saya hanya akan buat sesuatu bila:


"My heart wants to, and my mind agrees. "


Kompromi.


(^__^)

Musim panas
Musim luruh
Cintaku mengganas
Hatiku gemuruh

Ros merah
Violet biru
Lukaku berdarah
Hatiku membiru

Bintang berkerlipan
Bulan mengambang
Perasaanku kan ku simpan
Takkan hatiku tumbang

Agama membimbing
Alam mendamaikan
Moga ku tak terumbang ambing
Dan hidup dalam kebaikan

Awan nan putih
Langit yang membiru
Hatiku pasti kan pulih
Akan wujud duniaku yang baru...

I'm sitting at the corner of the deli reading a book when he sits down and starts asking about it. And now, he's my husband!!!

And what would have happened if I went to the movies instead?
If I went somewhere else for lunch?
If I showed up to eat ten minutes later?

It was meant to be, just like you said.
And as it was happening, I knew it.
I could feel it, sure as the sun.
And I kept thinking to myself

“Holy shit. He was right.”

You were right about all of it.

It just wasn’t me you were right about.

Only me.

"Summer Finn"

Isfahan Itu Aku (VII)

Petang itu, Isfahan masih lagi bekerja. Sendiri.

Yang menemaninya hanyalah burung-burung yang bersiulan dan desiran daun-daun kering yang bertempiaran dihembus sang angin. Rintik hujan turut serta menyanyikan lagu alam. Damai sekali.

Namun, sesekali bertamu wajah lembut Insyirah di fikirannya.

"Ah sudah...apa dah jadi dengan aku ni?" Isfahan mengomel sendirian.

Sejak keluar bersama Insyirah tempoh hari, fikirannya jadi tidak keruan. Wajah manis Insyirah kerap kali hadir di ruangan mindanya. Di gegendang telinganya, yang kedengaran hanyalah suara lembut Insyirah. Sungguh dia merasakan dirinya bagaikan telah hanyut dipukul asmara Insyirah.

" Apakah begini rasanya cinta?" fikirnya.

Isfahan tiba-tiba tersenyum. Jadi malu sendiri dengan perasaan yang kini menggamitnya. Bagaimana mungkin dia jatuh cinta dengan sebegitu mudah. Lagi pula, Insyirah pasti tidak mahu dia berperasaan begitu. Mana mungkin Insyirah mahukannya lebih daripada seorang kawan. Fikirnya lagi.

" Seberapa pastikah aku?" tiba-tiba Isfahan kembali berfikir. Runsing.

Sikapnya yang terlalu memikirkan perasaan orang lain kerap kali menjadi batu penghalang untuknya bersikap lebih spontan. Mungkin inilah kelemahan dirinya. Namun Isfahan tahu, inilah dirinya yang sebenar. Bagaimana mungkin dia dapat mengubah dirinya. Yang diperlukannya cuma seseorang yang dapat menerima dirinya seadanya. Yang mencintai dirinya juga kelemahannya. Adakah dia?

Tiba-tiba Isfahan terkenangkan pertemuan mereka tempoh hari.

" Boleh saya tahu kenapa awak suka saya?" soal Insyirah yang memecah kesunyian ketika mereka makan tengah hari bersama waktu itu.

Isfahan terkejut. Sungguh dia tidak menyangka itu yang diucapkan bibir mungil itu.

"Ya Allah...obvious sangat ke?" fikirnya dalam hati. Malu.

Isfahan menarik nafas panjang. Cuba menghilangkan getar di hatinya.

" Wah! Mencabarnya soalan ni. Ada soalan yang senang sikit tak?" dia cuba berjenaka. Namun getar di hatinya masih jelas.

Insyirah jadi ketawa kecil. Dia tersenyum. Isfahan juga.

" Umm...sebab awak sahabat yang baik." akhirnya Isfahan menjawab. Masih cuba berselindung di sebalik perasaannya yang sebenar.

Insyirah tersenyum.

" Betul ke ni? Awak pasti itu sebabnya?" soal Insyirah seolah-olah dia tahu sesuatu.

" Jujur saja." tambahnya lagi.

" Alamak...macam mana ni? Apa aku nak jawab? Tolong aku, Ya Allah." di dalam fikirannya, Isfahan sudah panik. Sangat-sangat panik.

Apa mungkin perasaannya terbongkar di sini? Jika ya, akankah persahabatannya dengan Insyirah tenggelam? Sungguh Isfahan dalam dilema.

" Adakah awak sukakan saya disebabkan fizikal saya?" Insyirah kembali menyoal.

" Bukan."

" Habis tu?"

" Sebenarnya, saya tak dapat fikir mengapa saya sukakan awak. Saya tiada sebab. Tiada alasan. I just like you. Perlukah ada sebab untuk kita sukakan seseorang?" jawab Isfahan.

" Hmm...kalau ada sebabnya pun, cuma satu." Isfahan menambah.

" Apa?" Insyirah beria-ia mahu tahu.

" Because it is you." jawabnya ringkas.

Sungguh Isfahan tidak tahu apa yang ingin didengari Insyirah. Namun dia cuba untuk bersikap jujur. Harap hubungan mereka tidak berakhir di sini. Insya-Allah.

Namun, suasana antara mereka tiba-tiba menjadi janggal. Inilah agaknya impak memperkatakan sesuatu yang sebegitu serius. Fikir Isfahan.

" You are sweet." ucap Insyirah tiba-tiba. Terukir senyuman di wajahnya.

Isfahan tersentak. Namun dia juga turut tersenyum. Entah apa agaknya yang sedang bermain di fikiran Insyirah. Isfahan jadi ingin tahu.

" Eh? Sweet? Nak desserts ke? Kakak waitress! Tolong bagi desserts yang paling sedap pada si manis ni."

" Apa? Yang paling sedap dah habis? Kalau macam tu, bagi yang paling sedap je la."

" Hey, that's the same lah!" sapa Insyirah sambil tertawa.

" Eh, yeke? Alamak, maaf ye kak...bagi yang ni je lah."

Insyirah ketawa lagi. Begitu juga dengan Isfahan. Akhirnya dia berjaya memecah suasana janggal itu tadi. Syukur.

" And funny too!" tiba-tiba Insyirah menambah. Masih terukir senyuman manis itu di wajahnya.

Isfahan hanya mampu tersenyum. Malu.

" Mungkin harapanku masih ada." fikir Isfahan yang kembali dari lamunannya.

" Dengan izin Allah tentunya." ucapnya lagi sambil tersenyum.

Isfahan kembali meneruskan kerjanya.

Mendengarkan desiran daun-daun kering yang mendamaikan itu, hatinya tenang kembali. Di kejauhan, kelihatan warna-warni sang pelangi. Indah. Seindah cintanya pada Insyirah.

Adakah ini cinta?

Like a body without a soul

Empty...


Like a rainbow without colours

Dull...


Like a being without shadows

Incomplete...


Like a life without future

Stucked...


Like a world without the air

Lifeless...


Like a sun without its shine

Cold...


Like a heart without love

Heartless...


Like a feeling without a return

Pain...


Like crying without tears

Torture...


Like waiting without cowers

Hurt...


Like hoping without lose

Despair...


Like praying without stop

Hope...


Like hurting without end

Foolish...


Like loving without limit

Sacrifice...


Like...ugh...

Bila gelap malam tiba
Hatiku jadi kian hiba
Terkenangkan harapanku yang kian sirna
Ditelan anganku yang entah apa

Sungguh ku keliru
Ku rasakan hatiku hipokrit
Ku perlihatkan langitku yang membiru
Sedangkan yang kurasakan cuma perit

Apakah ku tak mengharap?
Entahlah, jawapannya masih mahu ku garap
Apakah ku menanti?
Mungkin ya...mungkin juga sampai mati

Pintu hatiku ku ketuk...bergema
Petanda ia kosong tanpa rasa
Masih menanti yang pertama
Mungkinkah akan tiba anugerah dari yang Maha Esa?

Kini hatiku bagai perahu di tepian pantai
Beralunan bersama ombak
Tenang bersama keindahan pantai
Sesekali pedih dipukul ombak
Betapa hatiku tak akan bisa santai

Adakah sepi ini yang menggoyahku?
Atau hati ini yang sebenarnya menyeksaku?

Sejujurnya ku keliru dalam mengharap
Dan hanya padamu Ya Allah ku bersujud
Namun, mungkin anganku ini tak silap
Dan cinta sejati itu sememangnya wujud...

It's raining...the road's slippery...the rainbows still shying...and the traffic to outside KL feels like a 'macet'...hahaha...*ofkos la kan?* And we're on the way back to office...


Colleague1: Weiiii!!!...crazy la you!...speeding in rainy day! Slow la sikit.*chicken-hearted*

Mr Driver: Wahaha *gelak macho+jahat*...ala, laju sikit je ni...takpe la...cambest jek

Colleague1: Slow la...I belum kahwin, tau? hahaha

Mr Driver: Laaa...sape ajar ni? Habis tu, kalau dah kawen boleh ke? Ish3...duniawi betol! hahaha

Colleague1: Yela...yela...*frustrated a.k.a. malu*

Colleague2: Slow down la wei...I haven't eat that Beggars's Chicken at Ijok lagi...nanti I jadi hantu lapar macam mana? hahahahaha

Mr Driver: Hahaha...seriously! you guys ni macam takde better things to say ke? Say something coolerlah...hahaha

Colleague1 & Colleague2: Like what???


*Mr Driver take his time thinking, surrounded by a mixture of his coolness and hotness *wink*


Mr Driver:
Ummm...you should've give reasons like :-

"I don't wanna die! I haven't really understand the meaning of true loveeee! Oh,God! Please Guide me!...wuwuwuwu" *ewww*

And for you, it should sounds like:-

"I refused to die until I've eat every single dish on this planet!muahahahaha"


Colleague1
& Colleague2: Wow...somehow that sounds cool...hahaha...gila!

Mr Driver: Told ya! *berlagak*

Colleague2: So, if it were you, what would you have said in this situation?

Mr Driver: Errr..."Dengan nama Allah, aku bertawakal kepadaNya...tiada daya kekuatan, kecuali yang ada disisi Allah...amin!"

Colleague1 & Colleague2: Laaaa....tiba-tiba jadi baik pulak...sudahlah you!...hahahaha

Mr Driver: Huh! Jeles la tu...kucing I pun senyum je tau kalau I cakap I baik...wekkk *mengomel*

Colleague1 & Colleague2: Hahahahahaha <----orang gila bergelak ketawa ;P


Sampai ofis...makan kuih raya...cabut!...weee! (^_^)v

Isfahan Itu Aku (VI)

Pagi itu, cerahnya mendamaikan.
Burung-burung berkicauan bagai nyanyian alam yang sungguh mengasyikkan.
Pohon-pohon pula berdansa mengikut alunan tiupan angin yang menyamankan.
Oh, betapa indahnya ciptaan Illahi.

"Patutkah aku ajak Insyirah keluar?" Isfahan bertanya kepada dirinya sendiri.

Dia masih lagi berkira-kira. Sejujurnya, dia segan. Tapi masih lagi mahu memulakan inisiatif itu. Cabaran barangkali.

Sejak diperkenalkan oleh Sarah tempoh hari, Isfahan dan Insyirah menjadi semakin rapat. Memang ini di luar dugaan Isfahan kerana siapalah yang dapat menyangka bahawa mereka sebegitu serasi.

Rasa dirahmati. Ya, mungkin ini yang dirasakan Isfahan.

"Sarah, aku nak ajak Insyirah keluar la. Boleh?" Isfahan tiba-tiba menelefon Sarah. Dia rasa tidak pasti.

"Kau tanya aku nak buat apa. Tanya la pada dia. Sengal." rungut Sarah.

"Err...aku tak biasa la...macam malu je" tambah Isfahan.

"Kalau malu tak payah la keluar." jawab Sarah diiringi gelak tawanya.

"Ish. Tak membantu langsung!" Isfahan turut ketawa.

"Tanya hati kau. Kau nak ke, tak nak. Kalau hati kau dah jawab, terus tekadkan itu. Jangan fikir-fikir lagi. Faham?"

"Hati aku jawab mahu. Baiklah, aku ajak dia sekarang juga. Terima kasih, Sarah"

"Anytime. Selamat berjaya!" ucap Sarah sambil diiringi tawanya yang seakan mahu menyakat.

Isfahan tersenyum. Dia bersyukur punya kawan yang sebegini. Sentiasa mahu membantu. Memang bertuah rasanya.

Hati Isfahan juga telah menjadi satu. Tekadnya juga sudah membulat. Dia akan memberanikan diri untuk mengajak Insyirah keluar. Moga Allah membantunya. Amin.

Dengan ucapan Bismillah, Isfahan mula mendail nombor telefon bimbit Insyirah. Tangannya tiba-tiba terketar-ketar. Gemuruh. Sejujurnya dia tidak pernah mengajak mana-mana perempuan keluar. Jadi, hatinya agak risau. Risau akan penolakan. Risau akan kekecewaan. Risaukan segalanya.

"Ah...tak bagusnya perasaan risau ini. Pergi kau. Main jauh-jauh." Isfahan mengomel sendirian. Mahu menghilangkan gelora di hatinya yang sedang keliru itu.

Dan dengan izin Allah, akhirnya Isfahan berjaya menekan punat penentuan.

"Assalamualaikum, Insyirah."

"Wa'alaikumsalam...Isfahan, ya?"

"Ya, saya. Insyirah. Awak suka buku kan? Apa kata kita ke pesta buku esok? Saya nak mintak pandangan Insyirah untuk beberapa buku yang saya mahu beli. Boleh?" terjah Isfahan.

Tiba-tiba otaknya jadi lincah pula. Hilang sudah segala kerisauan yang meraja tadi. Tapi dia sedar, dia kelihatan agak naif di situ. Dia jadi malu. Tapi yang penting niatnya sudah disampaikan.

"Errr...boleh. Apa salahnya. Jumpa esok la kalau macam tu." jawab Insyirah gugup. Terkejut barangkali. Tapi terdengar ketawa kecil di hujung kata itu. Isfahan tersenyum.

"Terima kasih, Insyirah! Jumpa esok, ya!" Isfahan menjawab riang. Memang dia tidak dapat menyembunyikan lagi kegembiraannya itu.

"Terima kasih, ya Allah." bisik hati Isfahan. Sesungguhnya dia benar-benar bersyukur.

Hari itu, dalam keriangan, Isfahan memerah otak untuk memikirkan aktiviti mereka esok hari. Hatinya berbunga riang. Sungguh dia tidak sabar menanti hari esok. Jika boleh dipercepatkan waktu, pasti dia sudah berbuat begitu. Pasti.

Riangnya burung-burung yang berkicauan.
Asyiknya pohon-pohon yang berdansa.
Damainya angin yang berhembus.
Terangnya hari yang cerah.

Barangkali semua perasaan inilah yang sedang dirasakan hati Isfahan.

Atas nama cinta...

Isfahan Itu Aku (V)

" Is! Sini!" panggil Sarah.

"Aku? Ada apa?" soal Isfahan yang kelihatan agak resah.

Dia berjalan menghampiri Sarah yang sepertinya sedang menikmati hidangan tengaharinya di kafetaria itu.

Tapi, resah Isfahan bukannya kerana panggilan itu, sebaliknya disebabkan kehadiran Insyirah yang turut berada di sisi Sarah pada ketika itu.

Isfahan jadi gugup.

"Hey, buku kau itu, nanti saja aku pulangkan, ya" ujar Sarah.

"Buku apa?" soal Isfahan yang kehairanan. Seingatnya, dia tidak pernah meminjamkan apa-apa buku kepada Sarah.

"Ala...buku itu la" jawab Sarah sambil mengenyitkan matanya.

"Oh! yang itu...tak mengapa...bila-bila pun boleh" Isfahan sudah dapat menangkap niat Sarah.

"By the way, ini Insyirah...Insyirah, kenalkan...ini Isfahan" ujar Sarah.

"Assalamualaikum...salam kenal ya, cik Insyirah" ujar Isfahan.

Pertama kali dia berpeluang menegur gadis pujaannya itu. Dia jadi gementar.

"Wa'alaikumsalam, Isfahan...salam kenal juga" jawab Insyirah sambil tersenyum.

Isfahan tersentak. Sungguh senyuman itu bagaikan panahan yang menusuk hatinya. Tepat ke sasaran. Dia tewas kepada senyuman itu.

Di dalam hatinya, sungguh dia berterima kasih kepada Sarah yang telah membantu membukakan jalan untuknya ke hati Insyirah.

Jalan cintanya. Jalan kebahagiaannya. Jalan impiannya. Mungkin.

Dengan izin Allah...

Saja nak kongsi hasil kajian saya di sini. Kajian tentang perangai masyarakat kita yang macam pelik dan entah apa-apa...hahaha

Rasanya kamu perasan tak akan kejadian di bawah ini?

1) Semasa masuk dalam LRT, kebiasaannya penumpang akan termenung di pintu entrance LRT sehingga menimbulkan kesesakan kepada penumpang lain di belakangnya.

Barangkali mereka terlalu teruja kerana pintu LRT terbuka tanpa perlu mereka membaca jampi serapah
'Open sesame!'

Rasa ajaib, je...kan? hahaha

Dan akibat kesengalan golongan ini, penumpang lain yang so pitiful itu akan terkandas tatkala siren berbunyi...(kasihan...)

2) Jika seat LRT, Putra atau apa2 sahaja public transport penuh, bersedia untuk saksikan sesuatu yg menarik.

Saksikan reaksi mereka yang duduk itu bila ada orang tua, perempuan mengandung atau penumpang dengan anak kecil yang masuk...jeng3!

  • Penumpang dengan buku
Reaksi mereka sangat tak natural. Tiba2 mereka akan jadi khusyuk membaca macam tak hengat dunia...even kalau Jessica Alba buat pole dance kat situ pun mereka tak akan pedulikan...hampeh la mereka ni...plastik betul! huhuhu

  • Pasangan berchenta
Selalunya mereka akan buat tak tahu je...yela, bukan selalu mereka dapat laga2 paha ni...nanti rugi pula rasanya....ya, rugi dosa tak boleh...rugi pahala tak apa pula...pelik2...hahaha

Tapi ada la yang akan bangun...tapi yang peliknya, pasangan perempuan yang bangun bagi tempat duduk kat orang lain...adusss...
hey guys! malu la sikit...tak gentleman langsung, tahu...bikin malu lelaki je...huhuhu

3) Ha...nak tau?...dalam public transport ni, selalu sangat sesama pompuan peluk2...
geli pulak tengok...
yang si perempuan yang konon rasa mereka lelaki ni lagi la menyampahkan...
muka nak kerek pastu perasan macho...bodoh...awak tu dah la pompuan...
act la macam pompuan...haih, hancus masyarakat zaman sekarang ni...
ni la dier hasil buat 'Girls School' or 'Boys School'

4) Highway penuh misteri. Pernah tak terkandas dalam kesesakan di highway tetapi tak tahu apa sebabnya? Jangan risau...tak perlu upah Detektif Conan untuk selesaikan misteri ini. Sebabnya, jalan yang sesak itu diakibatkan oleh pemandu kepoci yang suka nak tengok orang eksiden, ambil no plat kenderaan untuk beli nombor ekor dan juga disebabkan oleh pemandu yang tak ada pendirian (suka tukar lorong)

U all ni menyusahkan, tahu...huhuhu

So...lain kali cuba2 la perhatikan situasi di atas, ye...maybe ade lagi yang lain kot...tapi nantilah...hehehe (^__^)

" PAKKKK!!!!" *buat kesan bunyi sepakan*

Soalan...

" Kenapa sound effect dia bukan KeBaBOOM! ?"

"Eh?" *Sambil cuba membayangkan situasi sepakan yang ada kesan bunyi sebegitu*

HAHAHAHAHAHAHA!

Tiba-tiba jejaka macho itu tak dapat menahan tawanya...aduhai....lawak sungguh!
Pecah perut beliau yang ber'six-pack' itu...hahaha

"That's the joke of the day, ok!" fikirnya sambil berhahaha ;)

Tidak disangka oleh beliau yang kanak-kanak sekarang ini bukan sahaja comel-comel belaka...bahkan, tahu juga berjenaka. Kagum, tahu!

~ Sekarang cuba membayangkan perlawanan bola sepak di mana bunyi KeBaBOOM! terhasil setiap kali bola disepak...hahaha..~ *sadis bunyinya*

Thanks to budak comel sebab brighten up the day (^___^)

In the car " Ok! Let's take picture together..."

*All posers then posing masculinely...hahaha*

BANG!!!

*Sounds of heads banging to the car roof as the driver excitedly ramp on the bump without slowing down...how reckless is that?...HUH!*

Well, yeah...mine was banging too...and the worst I would said

After that incident, I keep having headaches, nausea and somewhat blurry vision. I can't focus at times and as my headache gets heavier, I can hardly think.

The solution might be by undergoing Magnetic Resonance Imaging (MRI) or Computerized Tomography (CT) scan...expensive *sigh*

Hope everything is all right and no blood clogging in my brain...if not...

I can cry myself a river...huhu (T_T)

P/s - Please slow down your car when you drive through a bump. Not only it preserves the useful life of your car's absorber, well...thats the way how it should be.

And please remember of other passengers comfort and safety too...don't be that selfish...ok!

*Headache*

They said that a change is good...but, is that really is the case?

Well, of course making a change for the better always a good thing...but just how do we describe the 'good'?

That is somehow too abstract...

Normally, a thing is considered good only if you thinks so...
and if you're not that into it, you'll opted to have the opposite idea

A thing that you think is 'good', others might think its not...that's normal...
and it's happens because, well...our mind sets so...

So, I come to a conclusion that all change is actually good...if its for the better

And no matter what others might think of the change we made, just let them be...
Because if we're doing it in view for the better and they don't see it...well...

They're just not that into it...

* This is just a random rant as I missed my old blog damn much! Maybe I should return there...or maybe I should change my contents here...hmmm...well, anything for the better! (^__^)

Di sebuah kedai gunting rambut, seorang pemuda sedang menggunting rambutnya (mestilah kan)

Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan.

“Abang Man yang kacak! rumah kau terbakar. Jom, cepat …!!!”

Dengan spontannya, pemuda yang rambutnya masih sedang digunting tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang masih belum siap itu.

Dia berlari sekuat hatinya bagaikan orang gila kerana terlalu panik. Setelah berlari sejauh lebih kurang 1 km, tiba-tiba dia berhenti.

“Hey!” dia berkata pada dirinya sendiri .

“Kenapa aku lari pula? Nama aku bukan Man”.

"Ish...Tertipu pula dengan perkataan kacak tadi" fikirnya sambil tersenyum.

Aduiii...


Aku mencintai senja.

Rinduku bergejolak tika kanvas langit bermandikan warna jingga dan merah...

Awan yang berarak bagai gula kapas yang
berwarna-warni...

Rintihan hatiku mengharu-
biru kala matahari perlahan tertidur..


"Mengapa kau cintai
senja?" tanyamu.


"Kerana
senja itu cuma sekejap." jawapku.


"Bukankah sekejap itu adalah seksaan? Tidak ada yang mencintai sesuatu yang sekejap cuma."


"Ya. Tapi sekejap adalah apa yang aku miliki. Bahkan, hari cuma memiliki sekejap
senja. Tidak lebih."


"Mengapa kau mencintaiku?"


"Kerana hidup adalah sekejap. Dan hidupku ini hanya bisa memiliki dirimu cuma sekejap. Tidak pernah lebih."


"Jadi, aku cuma sekejap?"


"Ya. Kerana kau
senja ku"


Walau aku mencintai
senja, tapi kepada malam aku kembali.

Tapi kau, tetap
senja ku.

Setiap kejadian di alam milik Allah ini, sebenarnya ada sesuatu yang tersirat...sesuatu yang mengajar kita erti kehidupan.

Minat saya yang gemar mengamati kejadian ciptaan Allah ini, selalu membawa saya berfikir. Berfikir kembali akan sesuatu yang mungkin cuba disiratkan.

1) Di sebalik gelapnya langit malam, walau cuma sebutir bintang yang menghiasi, cahayanya akan tetap kelihatan...

Begitulah juga dengan harapan, juga impian...walau sekecil mana peluang yang ada, tiada apa yang benar-benar mustahil di dunia ini.

2) Walau mendungnya awan dan turunnya hujan membawa suasana suram, tapi akhirnya akan ada pelangi, kicauan burung dan alam yang menyegar...

Begitu juga dengan kehidupan. Tiada penderitaan yang abadi. Di sebalik ujian yang Allah berikan itu, pasti ada hikmah, manfaat dan balasan dari Allah.

3) Dalam panasnya hari, tiupan angin yang lembut sudah cukup menyamankan

Dalam hidup ini misalnya, kekerasan sepatutnya dihadapi dengan kelembutan...kejahatan ditentangi oleh kebaikan...kemarahan dihadapi dengan kata-kata yang penenang...bukankah ini intipati keamanan?


4) Hari yang cerah, cuaca yang baik, tapi petir hadir tiba-tiba. Tanpa amaran. Tanpa diduga.

Walau sesenang mana hidup kita, dugaan Allah itu boleh datang pada bila-bila masa yang dikehendakiNya.

5) Diamati indahnya bintang-bintang yang berkerlipan di angkasa, tapi dikejutkan fenomena bintang jatuh...indah dan mengagumkan.

Begitu juga dengan cinta. Hadirnya tanpa diduga. Perasaannya indah, mengagumkan dan tidak mungkin terlupakan.

Wallahualam.

Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)
Isfahan Itu Aku (III)
Isfahan Itu Aku (IV)

Isfahan masih ingat perkenalannya dengan Insyirah suatu ketika dahulu.

Semuanya masih segar di ingatannya. Bagai segarnya embun menjemput hadirnya pagi, begitulah juga segarnya ingatan Isfahan akan kenangan terindah itu. Kenangan terindah yang baginya tidak mungkin akan terlupakan. Sungguh tidak mungkin.

Sejujurnya, perkenalan mereka ketika itu memang tidak pernah terlintas walau di fikirannya yang paling waras. Tidak pernah dimimpikan walau dalam mimpinya yang terindah. Juga tidak pernah disiratkan di hatinya yang sememangnya kosong itu.

Tapi, hati kosongnya itu bergema saat pertama kali mereka bersua muka. Ruang-ruang hati yang pada mulanya kosong itu, tiba-tiba bagaikan berisi. Isfahan hampir terjatuh. Sungguh tidak tertanggung olehnya akan kuatnya gelora yang melanda hatinya ketika itu.

Fizikalnya, dia cuma hampir terjatuh. Tapi, hatinya itu sudah lama jatuh. Jatuh saat mata mereka saling bertentangan. Saat itu, terasa bagaikan melihat meteor di malam yang sepi. Mengejutkan tapi indah dan mengagumkan.

"Benarlah kata orang, mata itu, pintu hati." ujar Isfahan dalam hati. Dia jadi ingat akan ungkapan itu.

Saat itu, hatinya terkesan. Sungguh dia sudah tertawan kepada Insyirah.

" Kau boleh kenalkan dia pada aku?" pinta Isfahan kepada Sarah keesokan harinya.

Sarah ketawa kecil.

" Boleh. Tapi jangan kau sakiti dia. Jangan kau permainkan dia. Kalau tidak, aku memang tak akan maafkan kau."
jawab Sarah yang memberi persetujuan, walaupun ada bibit-bibit amaran di situ.

" Insya-Allah aku tak akan buat begitu Sarah, aku betul-betul ikhlas ni. Kau pun tahu aku ni macam mana, bukan?" Isfahan cuba meyakinkan.

Sebagai sahabat karib Insyirah, sudah semestinya Sarah akan bersikap begitu. Isfahan faham benar. Sejujurnya, dia gembira kerana Insyirah punya sahabat yang sebegitu prihatin. Dia tersenyum.

" Ya, aku tahu. Aku percayakan kau. Sebab itulah aku sudi tolong" jawabnya kepada soalan Isfahan. Dia ikut tersenyum.

"Terima kasih Sarah."

" Jadi, bila kau nak kenalkan kami?" tambah Isfahan lagi.

"Kau ni...sabar-sabarlah. Takut sangat dia dikebas orang" ujar Sarah.

" Memang takut pun."

Mereka berdua ketawa. Dalam hati Isfahan, sungguh dia tidak sabar menantikan tibanya hari itu.

Di matanya kini cuma ada Insyirah. Di hatinya yang dahulunya kosong itu juga, hanya ada Insyirah. Sungguh dia sudah jatuh cinta kepada Insyirah.

Hari-harinya kini kelihatan lebih berwarna. Bagaikan pelangi yang hadirnya menceriakan suramnya hujan, begitulah juga dengan kehadiran Insyirah dalam hidup Isfahan. Indah, menceriakan dan penuh dengan Nur kebahagiaan.

Bagi Isfahan, Insyirah sememangnya pelangi di hatinya.

Ada seekor singa.

Dia mengembara jauh ke seluruh pelusuk dunia. Merentasi benua yang penuh warna. Melalui hutan-hutan belantara yang menghijau keindahannya. Mengatasi halangan-halangan yang maha hebat dugaannya. Kenapa?

Demi mencari dunia di mana dia rajanya.

Sepanjang pencariannya, singa itu tidak makan. Tidak kira apa pun makhluk yang ditemuinya, dia tidak sesekali cuba untuk menangkapnya. Tingkahnya membuatkan sang kancil, rusa, seladang, atau apa sahaja binatang lain kehairanan.

Walau itu sebenarnya satu keperluan yang utama dalam hidupnya. Walau itu sebenarnya melawan naluri pemangsanya. Walau itu sebenarnya satu-satunya cara untuk mengatasi kelaparan yang sedang dihadapinya. Tapi, sang singa merasakan yang dia tidak boleh berbuat demikian. Tidak boleh dan tidak mahu.

Baginya, jika dia berada di dalam hutan, yang difikirkannya cuma satu. Untuk menguasai hutan itu.

Itu matlamatnya.

Baginya, jika dia berada di padang Savanna, yang difikirkannya tetap satu. Untuk menguasai Savanna.

Itu impiannya.

Ya, dia tidak mahu menjadi pemangsa. Niatnya di situ bukan untuk memburu. Tapi, ada sesuatu yang kepentingannya dirasakan mendahului segalanya.

Makhluk lain, haiwan lain, bahkan manusia pasti mempersoalkan prinsip sang singa.

Mengapa?

Mengapa?

Mengapa?

Pastinya itu yang diungkapkan mereka.

Tapi ketahuilah. Prinsip, objektiviti, impian dan ideologi itu perlukan pengorbanan. Perlukan kesungguhan. Perlukan kekuatan. Perlukan kesabaran juga hati yang cekal.

Walaupun pengorbanan itu sebenarnya menyakitkan. Tapi demi sesuatu yang kita rasakan betul. Demi sesuatu yang sentiasa meruntun hati dan minda kita, ia pasti berbaloi.

Siapa lagi yang akan menyokong diri kita jika bukan kita sendiri. Bukankah begitu?

Seperti sang singa yang kuat mempertahankan pegangannya, harap kita juga begitu.

“It’s better to marry someone you love second best, than the one you love the most”

There are people who say that smugly. Do people really know if the person they're dating now is someone they love second best?

But, one thing's for sure: At the moment when you are about to lose the person you love most in life, you'll realize that the person is the ‘one’. But it might be too late.

So, what if you're not sure whether the person is the right choice. Not certain whether you love that person enough. Not ready to give up on all the thousands admirer around who are more good looking and more exciting. What will you do?

One way of checking this is via this question:

Can you countenance the thought of that person flirting with others?

If the answer is no; if the thought of that drives you to distraction, to uneasiness, to doom, then that person is the one for you. This simple primal drive to keep that person for your own is, in my carefully thought out opinion, the most basic form of true love.

Compatibility, shared interests, similar and suitable backgrounds. A lot of people blabber on about that. But that’s nonsense.

A love is when you can accept one’s lackness and weakness; not only accepting the good side of them.

A love is all about trust and faith; as this is the essence.

A love is about caring and being understanding; as this make you feel loved.

Well, one thing’s for sure: Your strong feeling towards that person is enough to overcome any adversity. And it is important for you to love and at the same time being loved.

So, make a decision. The key that opens the door of miracle is in everyone's hand. And with the desire to change the small steps you take forward, the door of miracle will open someday.

Whether that person is the one you love most or just the second best, who knows? It might not be that bad.

By the way, life is full of surprises.

Aku suka subjek geografi.

Meneliti peta dunia, menghafal nama-nama negara dan ibukotanya, menganalisa struktur dan rupabentuk bumi, aku suka semuanya. Pernah juga terfikir yang barangkali aku akan menceburi bidang ini suatu masa nanti. Mungkin jadi ahli geologi atau juga guru geografi. Tapi ianya cuma jadi angan-angan semata.

Ada satu kisah yang membuatkan aku tak akan lupa kelas geografi di sekolah dulu. Kisah yang juga tidak dilupakan rakan-rakanku. Sehingga sekarang ia menjadi topik perbualan kami, sumber gelak ketawa kami. Ya, terkadang kenangan itu memang indah.

Suatu hari di kelas Geografi.....

Cikgu : Ahmad (bukan nama sebenar), kamu tahu apa itu plankton? Tolong terangkan kepada saya dan rakan-rakan kamu.

Ahmad: Plankton itu adalah sejenis alat menangkap ikan, cikgu.

Ahmad menjawab dengan selamba.

Panggg!!! (ini efek bunyi tamparan)

Ya, cikgu geografi kami menampar Ahmad. Sebagai guru, memang bengang rasanya mendengarkan jawapan sebegitu rupa. Kami sekelas pun kehairanan ketika itu. Ya, hairan yang amat. Mengapa Ahmad menjawab sedemikian? Sudah gilakah dia pada hari itu? Hmm, barangkali ini contoh 'gila sekejap' yang boleh membuatkan puasa kita terbatal. Betulkah?

Cikgu geografi kami cuba menenangkan amarahnya. Selepas itu dia kembali bertanya...

Cikgu: Abu (juga bukan nama sebenar), kamu tahu dimana letaknya Lumut?

Abu: Kat atas tanah, cikgu.

Apakah???

Mungkin kejadian yang baru berlaku sebentar tadi mengganggu kestabilan emosinya, sehingga dia tidak lagi mampu berfikir dengan rasional. Kasihan.

Atau barangkali, dia cemburu melihat Ahmad dibelai sebegitu rupa oleh guru geografi kami. Untuk tidak menghampakan Abu, Abu dihadiahkan satu tamparan. Mungkin ini memang apa yang dia mahukan...TAHNIAH! hahaha

Hasil daripada sesi soal jawab yang kerap berakhir dengan kejadian tragis itu, cikgu kami tidak bertanya lagi. Trauma agaknya.

Sebaliknya, rakan sekelas kami yang mula bertanya kembali kepada cikgu itu...

Ali: Cikgu, boleh saya tahu di mana kedudukan Norway di peta dunia?

Cikgu: Oh, Norway ya? Senang sahaja. Norway letaknya di sini. (nada penuh keyakinan)

Ali tercengang. Kami juga. Mengapa Kanada pula yang menjadi Norway? Apakah Norway sudah menjajah Kanada? Bila? Hmmm, bab ini guru sejarah kami belum pernah ajar. Atau mungkin ini sejarah yang tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah...hehe

Tapi, mungkin juga cikgu geografi kami hanya bergurau. Kami kan pelajar-pelajar yang baik :)

Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)
Isfahan Itu Aku (III)

" Saya sukakan awak Insyirah!"
ucap Isfahan.

Jantungnya berdegup kencang. Kakinya sudah mula terketar-ketar. Gemuruh.

" Errr...cinta sebenarnya" tambahnya lagi.

Mendengarkan kata-kata Isfahan, Insyirah ketawa kecil. Dia tersenyum. Isfahan juga ikut tersenyum. Lega rasanya apabila perasaan itu akhirnya diungkapkan. Tapi kini terpulang kepada Insyirah untuk memberi kata putus. Isfahan kembali gemuruh.

" Ya, saya juga sama" balas Insyirah.

Isfahan terkesima. Hatinya mula berbunga. Tiba-tiba dunia ini kelihatan sangat indah.
Dia hampir menangis kegembiraan. Sejujurnya dia tidak menyangka Insyirah sudi menerima cintanya itu. Sungguh bahagia rasanya.

" Dah lama saya tunggu awak untuk ungkapkan semua ini" tambah Insyirah.

" Dah lama?" fikir Isfahan dalam hati.

Selama ini, dia menyangka Insyirah tidak sudi menerima dirinya. Rimas akan perasaannya. Barangkali, Insyirah juga takut akan cintanya.

Tapi, mendengarkan yang Insyirah juga menunggunya selama ini, Isfahan benar-benar terkejut. Sungguh dia tidak menyangka. Tapi itu tidak penting. Baginya, yang penting sekarang ini, mereka berdua dapat bersama. Berdua mengecapi kebahagiaan di hari mendatang. Buat selama-lamanya. Insya-Allah.


-------------------------------------------------------------------------------------


" Oh, cuma mimpi" dengus Isfahan.

Dia tersenyum mengenangkan mimpi yang dirasakannya sungguh indah itu. Namun, sejujurnya dia sedikit kecewa. Kecewa kerana ia hanyalah mimpi, bukan kenyataan. Tapi, rasanya tidak mungkin baginya untuk mengungkapkan perasaan yang sering disimpannya itu. Dia tiada kekuatan untuk itu.

Insyirah juga pasti tidak akan membuka pintu hatinya. Dia cukup faham kehendak Insyirah yang sememangnya tidak berminat atas dirinya, cintanya dan segala-galanya tentang dirinya. Tapi, seperti mimpi itu, mungkin juga ini semua hanyalah andaian tanpa asas semata-mata. Isfahan cuba menyedapkan hati.

" Alangkah bagus jika mimpi itu jadi kenyataan" bisik Isfahan.

Sejujurnya, dia masih berharap. Sesungguhnya dia hanya mahukan cinta Insyirah, bukan perempuan lain. Yang diperlukannya saat ini hanyalah sebuah peluang. Peluang untuk membuktikan cintanya. Peluang untuk mencintai. Peluang untuk dicintai.

" Harap Allah membantuku" doa Isfahan.


Isfahan Itu Aku (I)
Isfahan Itu Aku (II)

Rindu.

Jauhnya di perantauan membuatkan Isfahan rindu. Ya, sememangnya dia rindu akan tanah airnya, keluarganya, juga rakan-rakannya. Tapi, rindunya terhadap Insyirah tiada tolok bandingannya. Sungguh dia amat rindu akan Insyirah.

Walau apa pun tarikan yang dipersembahkan kepadanya di negara asing ini, sinarnya tidak lagi kelihatan di mata Isfahan. Baginya, sinar dalam hidupnya bukan di sini. Tapi, nun jauh beribu batu di sana, merentasi gunung-ganang dan lautan. Letaknya dalam diri seorang perempuan. Insyirah.

"Tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia" fikir Isfahan yang sebetulnya hanya sibuk menghitung hari selama di perantauan.

Terasa banyak yang mahu diceritakannya kepada Insyirah. Sejujurnya, dia gemar melihat wajah Insyirah yang keriangan. Dia gembira mendengar tawa Insyirah yang gembira. Dia bahagia melihat senyuman Insyirah yang bahagia. Betapa Isfahan sukakan semua itu.

"Harap wajah itu, tawa itu, dan senyuman itu kekal selamanya." Isfahan berdoa kepada yang Maha-Esa. Doanya cuma satu. Agar Insyirah sentiasa bahagia.

Hari ini Isfahan akan kembali merentasi gunung-ganang dan lautan. Dia akan kembali ke tanah air. Kembali dekat dengan sinar hidupnya. Ya, dia mahu kembali kepada Insyirah.

Memikirkan Insyirah, dia jadi senyum sendiri. Hatinya gembira tidak terkata. Dia merasa bahagia. Ya, bahagia. Walau cuma mencintai tanpa dicintai.

Sejujurnya, dia cuba untuk redha.

"Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya untukku" doa Isfahan. Hatinya mula sebak.

Dia meraup wajahnya. Ditenangkan kembali hatinya yang bergejolak. Ibarat awan putih yang menghiasi birunya langit, begitulah cintanya terhadap Insyirah.

Indah, tulus, dan suci.

Isfahan Itu Aku (I)

Malam sudah lama berlalu. Kini hanya keheningan dan kegelapan malam, juga sejuknya bayu yang menemani Isfahan. Dia masih belum tidur. Sibuk bekerja, juga berfikir.

Kebelakangan ini, hari-hari Isfahan sangat sibuk. Kerjanya tidak terkira banyaknya. Semakin hari berlalu, semakin banyak tugasan yang diterimanya. Isfahan redha. Baginya, ini barangkali dugaan Allah ke atas dirinya untuk mengecapi kejayaan di hari kelak. Insya-Allah.

Isfahan seorang yang selalu fokus dalam pekerjaannya. Lahir dari keluarga yang serba sederhana, dia tahu yang kesungguhan dalam bekerja itu penting. Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha. Itu apa yang selalu disemai oleh kedua ibubapanya. Dan itu juga yang menjadi pegangan Isfahan.

Namun, kini mindanya kian terganggu. Hatinya sering gusar. Perasaan cinta yang hadir dalam hatinya sangatlah hebat kuasanya. Dia tidak menyangka cintanya kepada Insyirah sebegitu dalam. Baginya, ini semestinya bukan cinta biasa. Ya, sungguh luar biasa.

Sejujurnya, hatinya gusar kerana dia hanya mampu menyintai Insyirah dalam hatinya sahaja. Azabnya memendam perasaan suci ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia benar-benar menyintai Insyirah dan berharap yang suatu hari nanti Insyirah juga mampu menerima cintanya. Dia benar-benar ikhlas.

Isfahan tidak tahu akan perasaan Insyirah terhadapnya. Barangkali Insyirah masih belum bersedia untuk menerima cintanya itu. Mungkin. Dia hanya mampu membuat andaian.

"Bagusnya jika Insyirah tahu perasaanku. Bagusnya jika Insyirah memberikanku petanda. Bagusnya jika kami dapat bersama" keluh Isfahan tanpa henti.

Sesungguhnya tiada apa yang bermain diminda Isfahan kini kecuali Insyirah. Isfahan merasakan yang dirinya sungguh tidak berdaya. Cinta yang dihadapinya kini terlalu hebat. Yang mampu dilakukannya kini hanyalah berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa, agar cintanya dapat direalisasikan. Dia yakin Insyirah memang diciptakan untuknya.

Dalam keletihan akibat bekerja dan minda yang tidak henti-henti menenangkan hatinya yang keliru, Isfahan akhirnya terlelap. Dia benar-benar penat. Matanya kini gelap bak malam yang serba menghitam di luar sana. Tanpa bulan. Tanpa bintang. Yang ada menemani cuma perasaan cintanya terhadap Insyirah. Perasaan yang membuatkan dirinya lena diulit mimpi indah.

Keindahan yang pastinya cuma sementara. Hanya menanti hadirnya sang mentari yang akan menghapus indahnya mimpi itu. Tapi yang pasti, cintanya kepada Insyirah tidak mungkin terhapus. Tidak mungkin. Dia terlalu cintakan Insyirah.

Selalu terfikir. Antara pandai dengan sanggup, yang mana lebih baik. Persoalan di sini tertumpu kepada pandai atau sanggup dalam hal-hal yang berkaitan dengan masak-memasak, misalnya.

Jelas sekali kebanyakan lelaki mengidamkan seorang perempuan yang pandai memasak untuk dijadikan suri hidup mereka, tapi adakah ini mencukupi?. Ya, isteri yang pandai memasak memang pasti dapat memikat hati suami mereka, kerana masakan penuh kasih dan tanggungjawab memang lain rasanya.

Tapi, segelintir perempuan yang pandai memasak, akan kurang memasak untuk si suami selepas mereka berkahwin. Mungkin hanya akan mula memasak apabila hadirnya cahaya mata. Jadi mula terfikir, apalah ertinya jika si isteri pandai memasak tapi tidak sanggup memasak untuk si suami.

Saya merasakan yang ciri-ciri isteri idaman seorang lelaki mesti ada kriteria iaitu perempuan yang faham akan tanggungjawabnya ke atas suami. Ini sememangnya satu kriteria yang sangat penting.

Jadi, lelaki tak seharusnya memilih perempuan hanya kerana dia pandai memasak. Perempuan yang kurang mahir memasak pula tidak harus merasa rendah diri. Mereka mungkin mempunyai peribadi yang lebih baik. Peribadi yang baik dan ketaatan kepada suami membawa ke syurga. Ini yang terpenting.

Jadi, antara pandai dengan sanggup...yang mana jadi pilihan?
Bagi saya kedua-duanya patut berada dalam satu pakej. Bukankah begitu? Tapi kesanggupan itu yang pastinya lebih baik =)

Senja kian melabuhkan tirainya. Isfahan termenung di sebalik kesuraman senja. Matanya jauh merenung tasik di hadapannya. Fikirannya terlalu berserabut. Memang banyak perkara yang difikirkannya ketika itu. Dia tidak menyangka niatnya untuk berjoging di sekitar tasik pada hari itu telah mengundang banyak perkara yang hanya mengganggu mindanya. Terbaru, soalan rakannya ketika mereka berjumpa.

"Is, kau nak kahwin ke?" soal rakannya.

"Nak kahwin? Ya, memang aku nak!" jawab Isfahan dalam hati.

Dia hanya mampu tersenyum di hadapan mereka setiap kali itu yang diungkapkan. Tapi yang menjadi persoalannya, siapakah yang akan mendampinginya?. Dia tidak tahu. Dia hanya mampu berserah kepada Illahi.

Sedari dulu, Isfahan memang tiada tuah dengan wanita. Semua cinta yang berputik di hatinya hanya mampu dipendam. Walaupun dia dilabel sebagai seorang yang riuh oleh rakan-rakan, namun sebenarnya dia seorang yang pemalu. Mungkin atas sifatnya inilah dia masih belum pernah berdampingan dengan mana-mana wanita sehingga mengundang tawa rakan-rakannya yang lain.

"Ah! Kalau hanya mahu berdamping-dampingan nak buat apa. Akhirnya hanya akan saling menyakiti. Aku tak mahu sakiti wanita. Tak mahu!" teriak Isfahan dalam hati.

Dia memang berazam untuk tidak pernah menyakiti wanita. Baginya, cinta dan wanita adalah sesuatu yang mulia dan kewujudannya bukan untuk disakiti. Dia tidak perlukan kekasih, tapi seorang isteri yang akan menjadi suri dalam hidupnya. Itu yang terpenting baginya.

Di kala berjoging mengelilingi tasik sebentar tadi, Isfahan terserempak dengan ramai pasangan, baik pasangan kekasih mahupun suami isteri. Hatinya meronta minta dikurniakan sebuah cinta hingga menimbulkan kerunsingan kepada dirinya ketika ini. Tapi dia terpaksa menahan segala perasaan cintanya selama ini. Dia masih belum bersedia, fikirnya.

Namun begitu, sudah sekian lama Isfahan menaruh hati pada seseorang. Hatinya sudah ditawan oleh seorang wanita bernama Insyirah. Baginya, Insyirah adalah segalanya. Tapi dia hanya mampu memendam rasa, takut Insyirah menjadi kurang senang dengan perasaan yang hadir dihatinya kini. Kini, Isfahan runsing antara mahu mengemukakan perasaan cintanya atau terus menjaga perasaan Insyirah. Dia merasa seperti terperangkap.

Akhirnya renungan Isfahan terhenti. Fikirannya yang runsing dan hatinya yang bercelaru tadi dikejutkan azan maghrib yang berkumandang menemani hadirnya senja. Isfahan bangun, lantas memulakan langkah untuk pulang.

"Ah, biarlah aku simpan sahaja perasaan ini, asalkan Insyirah tak bencikan aku. Biarlah hati aku yang sakit, asalkan dia tak disakiti" fikir Isfahan lagi sambil mempercepatkan langkahnya menuju jalan pulang yang semakin gelap ditelan malam.

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates