Duniaku Duniaku

Duniaku dunia tanpa sempadan. Di sini imaginasi, idea, angan-angan, impian, dan fantasi semuanya bebas. Peri-peri? Kuda unicorn? Ya, semuanya ada di DUNIAKU.

Aku suka subjek geografi.

Meneliti peta dunia, menghafal nama-nama negara dan ibukotanya, menganalisa struktur dan rupabentuk bumi, aku suka semuanya. Pernah juga terfikir yang barangkali aku akan menceburi bidang ini suatu masa nanti. Mungkin jadi ahli geologi atau juga guru geografi. Tapi ianya cuma jadi angan-angan semata.

Ada satu kisah yang membuatkan aku tak akan lupa kelas geografi di sekolah dulu. Kisah yang juga tidak dilupakan rakan-rakanku. Sehingga sekarang ia menjadi topik perbualan kami, sumber gelak ketawa kami. Ya, terkadang kenangan itu memang indah.

Suatu hari di kelas Geografi.....

Cikgu : Ahmad (bukan nama sebenar), kamu tahu apa itu plankton? Tolong terangkan kepada saya dan rakan-rakan kamu.

Ahmad: Plankton itu adalah sejenis alat menangkap ikan, cikgu.

Ahmad menjawab dengan selamba.

Panggg!!! (ini efek bunyi tamparan)

Ya, cikgu geografi kami menampar Ahmad. Sebagai guru, memang bengang rasanya mendengarkan jawapan sebegitu rupa. Kami sekelas pun kehairanan ketika itu. Ya, hairan yang amat. Mengapa Ahmad menjawab sedemikian? Sudah gilakah dia pada hari itu? Hmm, barangkali ini contoh 'gila sekejap' yang boleh membuatkan puasa kita terbatal. Betulkah?

Cikgu geografi kami cuba menenangkan amarahnya. Selepas itu dia kembali bertanya...

Cikgu: Abu (juga bukan nama sebenar), kamu tahu dimana letaknya Lumut?

Abu: Kat atas tanah, cikgu.

Apakah???

Mungkin kejadian yang baru berlaku sebentar tadi mengganggu kestabilan emosinya, sehingga dia tidak lagi mampu berfikir dengan rasional. Kasihan.

Atau barangkali, dia cemburu melihat Ahmad dibelai sebegitu rupa oleh guru geografi kami. Untuk tidak menghampakan Abu, Abu dihadiahkan satu tamparan. Mungkin ini memang apa yang dia mahukan...TAHNIAH! hahaha

Hasil daripada sesi soal jawab yang kerap berakhir dengan kejadian tragis itu, cikgu kami tidak bertanya lagi. Trauma agaknya.

Sebaliknya, rakan sekelas kami yang mula bertanya kembali kepada cikgu itu...

Ali: Cikgu, boleh saya tahu di mana kedudukan Norway di peta dunia?

Cikgu: Oh, Norway ya? Senang sahaja. Norway letaknya di sini. (nada penuh keyakinan)

Ali tercengang. Kami juga. Mengapa Kanada pula yang menjadi Norway? Apakah Norway sudah menjajah Kanada? Bila? Hmmm, bab ini guru sejarah kami belum pernah ajar. Atau mungkin ini sejarah yang tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah...hehe

Tapi, mungkin juga cikgu geografi kami hanya bergurau. Kami kan pelajar-pelajar yang baik :)

2 pendapat menarik:

Cikgu itu mesti ada isu dalaman sehingga terlempang pelajarnya :)

Tapi, terima kasih juga kepada beliau kerana telah memberikan kami sebuah kenangan yang agak lucu :)

Siapa Aku?

My photo
Sang penglipur lara dari dunia nyata yang terkadang lebih menggemari alam fantasi.

Duniaku Duniaku

Mari bercerita. Mari berimaginasi. Mari berfantasi. Mari berkongsi idea. Ya, mari!

Klik-klik =)

Hall of fame

Blog updates